Siakap Keli
Instagram: @memomedsos

Tak Mahu Anak Rasa Hidup Susah Sepertinya, Ibu Tergamak Tetak 3 Anak Hingga Mati

Seorang ibu tergamak menetak 3 orang anaknya di Tonjong, Brebes, Jawa Tengah pada pagi Ahad, 20 Mac 2022 hanya kerana tak mahu anak-anaknya rasa hidup susah, lapor SeputarTangsel.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, dapat dilihat bahawa ibu kepada mangsa telah ditahan polis. Video itu dimuat naik oleh pemilik akaun Mazzini @mazzini_gsp.

“Suspek (35), merupakan penduduk Kampung Tonjong, Brebes telah ditahan. Pagi tadi dia menetak 3 orang anaknya. Seorang anak dilaporkan meninggal dunia, manakala dua lagi terselamat”, kata @Mazzini pada Ahad, 20 Mac 2022.

Perbuatan kejam suspek terhadap ketiga-tiga anaknya itu dikatakan berpunca kerana dia berasa tidak mampu menghadapi masalah ekonomi yang serba kekurangan.

Malah, suspek turut mendakwa bahawa perbuatannya itu adalah bertujuan untuk menyelamatkannya daripada keadaan ekonominya.

Dia juga mengakui telah melakukan perbuatan kejam itu bagi menyelamatkan anaknya daripada hidup susah seperti dirinya.

“Saya tidak gila. Saya mahu menyelamatkan anak-anak saya supaya mereka tidak hidup susah. Mereka perlu mati supaya mereka tidak berasa sedih seperti saya”, katanya menerusi satu video.

Dilaporkan, anak kedua suspek yang berusia 6 tahun itu tidak dapat diselamatkan akibat luka di leher. Anak pertama berusia 10 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak ketiga yang berusia 4 tahun cedera di leher.

Bagaimanapun, kedua-duanya berjaya diselamatkan selepas dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sebelum ini, seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan telah maut ditetak oleh enam orang penduduk di Tarumajaya, Kabupaten Bekasi selepas dituduh mencuri dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Detik News, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring tidak bernyawa dan berlumuran darah.

Ketua Polis Tarumajaya, AKP Edy Supriyanto berkata bahawa mangsa telah didakwa mencuri di sebuah rumah. Difahamkan, para suspek yang sedang melepak di sebuah kafe menjerit “pencuri” ke arah mangsa dan mengejarnya.

BACA JUGA: Remaja Maut Ditetak Enam Lelaki, Dituduh Mencuri Padahal Tengah Cari Kucing

Sumber: Seputar Tangsel

Aireena Marizan