Siakap Keli
pengeluaran khas

Guna Duit KWSP Sebagai Modal Perniagaan, Boleh Ke? Ini Penjelasan Penasihat Kewangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menggunakan duit simpanan dalam caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai modal perniagaan adalah antara idea yang cukup popular.

Idea ini muncul selepas kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP dengan jumlah maksimum RM10,000 seperti yang diumum baru-baru ini.

Walaupun sudah boleh pegang duit sendiri, namun orang ramai dinasihatkan untuk membuat pertimbangan sewajarnya dalam melakukan pengeluaran tersebut.’

Justeru, adakah simpanan KWSP ini lebih baik jika disimpan saja, atau dilabur dalam pelaburan, atau dijadikan sebagai modal perniagaan? Jika ya, apakah baik dan buruknya?

Persoalan ini telah pun dijawab oleh seorang penasihat kewangan, Saifull Suratmin dalam satu perkongsian baru-baru ini. Mari ikuti tulisannya di bawah untuk lebih faham.

Mula Bisnes Dengan Duit KWSP: Saya Tidak Ambil Semua, Saya Guna RM1,000 Sahaja. Boleh ke?

1. Sudah ada ilmu nak buat bisnes itu?

Nilah paling utama. Nak buat bisnes itu mesti ada ilmu bisnes itu. Bukan bermaksud kalau nak buka kedai makan mesti pandai masak. Banyak sahaja kedai makan yang pemiliknya tidak pandai masak tapi kedai makan itu sangat berjaya.

Maksud ilmu bisnenya ialah kita mesti ada ilmu mengurus bisnes itu. Kita mesti tahu nak beli apa dulu, siapa nak diambil bekerja dahulu, bagaimana nak design menu dan macam mana kita nak tarik pelanggan. Kalau belum ada ilmu ini baik pergi belajar, berkuli dulu dengan orang yang pandai tentang bisnes itu.

2. Siapa yang nak urus bisnes itu?

Kalau kata memang nak buat bisnes itu, siapa kita nak lantik untuk urus bisnes itu. Kalau kata kita nak berhenti kerja untuk buat bisnes itu, dah fikir masak-masak?

Dalam masa tiga tahun, 93% bisnes tutup. 7% yang tinggal itu, dalam masa lima tahun 95% tutup bisnes. Kita mesti ambil masa untuk membuat perancangan bisnes itu. Bila dah ada perancangan, dah ada orangnya nak buat, barulah buat bisnesnya. Itupun belum dijamin berjaya.

Ya kita bukan Tuhan nak pastikan ini berjaya itu tak berjaya yang penting kita mesti rancang.

3. Kita boleh jamin kita tak jatuh cinta pada bisnes itu?

Bila dah jatuh cinta pada bisnes itu, bisnes itu rugi pun kita sanggup tambah lagi duit untuk pastikan bisnes itu boleh berjalan.

Kesudahannya, bisnes itu semakin rugi, simpanan semakin habis dan akhirnya kita semakin menambah hutang. Mulanya memang kita guna RM1000 sahaja, hujung-hujung bukan sahaja RM10,000 sampai simpanan lain habis kita guna.

Ada satu lagi pesanan, kalau ini sahajalah duit yang ada, jangan guna duit ini untuk bisnes. Gunalah duit ini untuk survive.

BACA JUGA: “Fikir Dapatkan 1 ‘Lead’ Dulu…” Penasihat Kewangan ‘Ajar’ Cara Bina ‘Mentaliti Sales’ Dalam Bisnes

Sumber: Saifullah Suratmin

 

Faiz Mustafa

Editor: Adnin Razak
" "