Siakap Keli
antartika timur
Gambar: The Washington Post

Antartika Timur Dilapor Catat Suhu Panas Lebih Tinggi Dari Biasa

Suhu di atas lapisan ais Antartika timur dilaporkan melonjak hingga 50 darjah Fahrenheit (32 darjah Celsius) melebihi kebiasaan. Keadaan itu telah mengejutkan para saintis, lapor The Washington Post.

Menurut laporan, lokasi paling sejuk di dunia itu telah mengalami episod cuaca panas luar biasa pada minggu ini.

Tidak pernah berlaku sebelum ini

“Keadaan ini benar-benar tidak pernah berlaku sebelum ini dan mengubah jangkaan kami tentang sistem iklim Antartika,” kata penyelidik yang mengkaji meteorologi kutub di Université Grenoble Alpes di Perancis, Jonathan Wille.

Beberapa bahagian timur Antartika telah menyaksikan suhu berlegar dalam 70 darjah Fahrenheit (40 darjah Celsius) melebihi bacaan normal selama tiga hari dan semakin meningkat.

Wille menyamakan peristiwa itu dengan gelombang haba yang terjadi pada Jun di Barat Laut Pasifik.

Ia memperlihatkan saintis membuat kesimpulan bahawa hampir mustahil perubahan iklim itu berlaku tanpa disebabkan oleh manusia.

Sementara itu, penyelidik yang telah menerbitkan kajian mengenai suhu Antartika, Stefano Di Battista berkata klimatologi Antartika telah ‘ditulis semula’.

Katanya, anomali suhu sedemikian akan dianggap ‘mustahil’ dan ‘berada di luar kotak’ sebelum ia benar-benar berlaku.

BACA JUGA: Terpisah Dari Antartika Sejak 2017, Iceberg Terbesar Dunia Cair Sepenuhnya

Daripada suhu -50 (-45 Celsius) atau -60 (51 Celcius), ia lebih hampir kepada sifar atau 10 darjah Fahrenheit (-12 darjah Celsius). Catatan itu merupakan gelombang haba yang besar mengikut piawaian Antartika.

Purata suhu tinggi di Vostok iaitu di tengah-tengah lapisan ais timur adalah sekitar -53 Celsius pada bulan Mac dan terus melonjak pada Jumaat dengan -17.7 Celsius.

Suhu paling panas berlaku pada bulan Mac

Ia dipercayai suhu yang paling panas pernah berlaku pada bulan Mac sejak penyimpanan rekod bermula 65 tahun lalu.

“Dalam kira-kira 65 tahun rekod di Vostok, antara Mac dan Oktober, nilai di atas -30 darjah Celsius tidak pernah diperhatikan,” kata Battista.

Untuk pengetahuan, Vostok merupakan sebuah balai cerap meteorologi Rusia yang terletak kira-kira 808 batu dari Kutub Selatan dan terletak 11,444 kaki di atas paras laut.

Balai cerap itu terkenal kerana merekodkan suhu terendah yang pernah diperhatikan di Bumi (-89.2 Celsius) pada 21 Julai 1983.

Dalam pada itu, stesen penyelidikan Concordia Antartika Timur yang dikendalikan oleh Perancis dan Itali mencatat suhu -12.2 Celsius. Ia suhu tertinggi dalam rekod mana-mana bulan dalam setahun.

Difahamkan, keadaan panas di Antartika didorong oleh sungai atmosfera yang melampau atau koridor sempit wap air di langit.

Menurut model komputer, sungai atmosfera mendarat pada Selasa antara Stesen Dumont d’Urville dan Casey sehingga menurunkan hujan yang lebat yang berpotensi menyebabkan peristiwa cair yang ketara di kawasan itu.

Kelembapan daripada ribut meresap dan merebak ke bahagian dalam benua.

Keadaan kelembapan yang berlebihan dari sungai atmosfera dapat mengekalkan sejumlah besar haba.

Manakala awan yang kaya dengan cecair memancarkan haba ke permukaan yang dikenali sebagai sinaran gelombang panjang ke bawah.

Sumber: The Washington Post

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.