Siakap Keli
sawan dan meinggal dunia
Gambar: Kumparan News

Bapa Durjana, Lelaki Didakwa Rogol Anak Sendiri Hingga Sawan & Meninggal Dunia

Seorang lelaki di Bandar Semarang ditahan polis kerana merogol anak kandungnya sendiri yang berusia 8 tahun hingga sawan dan meninggal dunia.

Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak itu meninggal dunia selepas dipaksa melayan nafsu bapanya, lapor Kumparan News.

Timbalan Ketua Polis Semarang, AKBP IGA Dwi Perbawa Nugraha berkata, kejadian itu berlaku pada hari Jumaat, 18 Mac yang lalu.

Ibu bapa mangsa sudah bercerai

Ketika itu, mangsa telah disuruh ibunya untuk ke rumah sewa suspek di kawasan Tlogosari, Pedurungan.

Difahamkan, suspek dan ibu mangsa telah bercerai sejak 5 tahun lalu. Namun, mangsa dan suspek selalu berjumpa.

“Suspek merupakan bapa kandung mangsa. Manakala, yang melaporkan kejadian itu adalah ibu kepada mangsa.

“Mereka merupakan pasangan suami isteri dan mempunyai tiga orang anak. Setelah bercerai, mangsa tinggal bersama ibunya tetapi masih selalu menziarahi ayahnya di rumah sewa,” kata Iga pada sidang media di Mapolrestabes Semarang.

Mangsa dijadikan tempat melampias nafsu

Pada ketika itulah, suspek melampiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa sehingga mangsa diserang sawan.

“Kejadian itu telah mengakibatkan mangsa meninggal dunia,” jelasnya.

Gambar: Kumparan News

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polrestabes Semarang, AKBP Donny Sardo Lumbantoruan berkata, mangsa pada ketika itu berada dalam keadaan tidak sihat semasa dirogol oleh bapanya.

“Mangsa sedang demam ketika tiba di rumah suspek, dia seterusnya diberikan ubat. Mangsa berada dalam keadaan tidak larat semasa suspek melakukan perbuatan kejinya itu,” tambah Donny.

Mangsa mengalami sawan

Mangsa sebenarnya telah cuba menolak dan menghalang tindakan bapa kandungnya itu. Namun, suspek dengan kejam meneruskan perbuatannya itu sehingga mangsa mengalami sawan.

“Memang pada hari itu suspek melakukan persetubuhan. Mangsa mengalami sawan selama sejam dua.

Kemudian, mangsa dibawa ke klinik dan pihak klinik telah meminta untuk membawanya ke hospital. Pada saat itu, mangsa telah dilaporkan meninggal dunia,” jelasnya.

Cuba menutup perbuatan kejinya

Bagi merahsiakan perbuatan kejinya itu, suspek telah meminta kebenaran ibu mangsa untuk membawa anaknya ke hospital dengan menggunakan alasan anaknya itu sakit.

“Sebelum itu, suspek membawa mangsa ke rumah ibunya untuk dibawa ke hospital. Ibu mangsa memeriksa keadaan mangsa dan kemudian membenarkan anaknya dibawa ke hospital.

“Mangsa dibawa ke hospital menaiki motosikal dengan seorang saksi,” katanya lagi.

Mangsa akhirnya dikebumikan pada hari Sabtu, 19 Mac 2022 lalu.

Bagaimanapun, polis menerima laporan bahawa kematian mangsa adalah tidak wajar kerana terdapat luka di bahagian kemaluan dan dubur mangsa. Pihak polis memutuskan untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa pada hari yang sama.

Ekoran dari itu, suspek telah mengakui segala perbuatan kejinya termasuk merogol mangsa sebanyak 3 kali kerana ketagih menonton filem lucah.

Suspek kini berdepan hukuman penjara 15 tahun. Bagaimanapun, pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa suspek bakal dikenakan hukuman tambahan.

BACA: Rogol Anak Sendiri Sehingga Hamil, Lelaki Bakal Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

Sumber: Kumparan News

Aireena Marizan