Siakap Keli
Lori ayam terbalik

Lori Ayam Terbalik Dirakam, Tapi Audio Sedekah Bikin ‘Tersentuh’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Heboh di Twitter sebentar tadi apabila seorang pemandu jalan raya merakam kejadian sebuah lori ayam terbalik. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di lebuh raya di Gopeng, Perak menghala ke Kuala Lumpur.

Video tersebut telah dimuatnaik oleh Addien menerusi akaun Twitter miliknya. Melalui video berdurasi satu minit 53 saat tersebut, dapat dilihat ayam-ayam yang bergelimpangan di atas lebuh raya.

Dalam masa sama, turut kelihatan juga kelibat beberapa orang awam yang dipercayai membantu mengutip ayam-ayam berkenaan bersama-sama dengan pihak berkuasa.

Namun di sebalik video ini, ada satu perkara lagi yang lebih menarik perhatian. Ketika kejadian ini dirakam, kedengaran pula audio dari speaker kereta yang berbunyi seakan tazkirah.

Tidak pasti sama ada kebetulan atau tidak, audio tazkirah yang berbunyi itu jelas menyebut tentang manfaat dan kebaikan-kebaikan bersedekah. Apakah tazkirah itu ‘bertepatan’ dengan situasi ayam-ayam bergelimpangan ini?

Apa-apa pun mari tonton dulu rakaman di bawah ini dan dengarkan sekali tazkirah manfaat sedekah tersebut. Semoga pemandu lori ayam itu berada dalam keadaan baik hendaknya.

Apa kata netizen

Menerjah di ruangan komen, ada netizen yang berpendapat bahawa kejadian tersebut sebagai hikmah dan sebagai persiapan menyambut bulan Ramadhan.

Jom kita lihat apa kata mereka.

“Semua yang berlaku ada hikmahnya…”

“Ayam daging biasanya tak lari….”

BACA JUGA: Kenapa Telur Ayam Ada Warna Putih & Coklat? Ini Bezanya

Sumber: Twitter Addien

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.