Berikutan dengan fenomena cuaca yang kerap berlaku dan adakalanya ekstrem, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Lim Ze Hui menjelaskan ia tidak akan menjejaskan kedudukan arah kiblat.
Katanya lagi, ini kerana penentuan arah kiblat yang melibatkan ibadah solat bagi penganut agama Islam dibuat berdasarkan kedudukan Kaabah di Kota Mekah, Arab Saudi.
Justeru katanya, perubahan cuaca termasuk cuaca ekstrem tidak akan mengganggu proses penentuan berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program bual bicara SK ON AIR bertajuk ”Perubahan Cuaca Ekstrem” yang bersiaran langsung di laman facebook Siakap Keli TV sebentar tadi.
Dalam siaran langsung berkenaan, beliau secara panjang lebar berkongsi pengetahuannya berkenaan fenomena-fenomena cuaca yang sedang berlaku ketika ini, khususnya di tanah air.
Antaranya yang dikongsikan beliau adalah berkenaan fenomena ‘salji’ turun di Gunung Kinabalu yang disifatkannya adalah normal.
Jelasnya, fenomena tersebut boleh berlaku ketika tempoh Monsun Timur Laut berlangsung diantara November hingga Januari. Katanya, dalam tempoh berkenaan terjadinya fenomena Luruan Udara Sejuk dari Tanah Besar China dan juga dari Lautan Pasifik Barat.
“Normal, dan pernah berlaku. Tahun ini pernah turun salji, kalau tak salah tahun sebelum ini pun pernah berlaku,” katanya.
Tambahan pula, salji yang turun di Gunung Kinabalu bukanlah dalam kuantiti yang banyak, namun kejadian berkenaan adalah normal.
https://www.facebook.com/siakapkelitv/videos/655214872450371
Sumber: SKTV