Ramai pastinya yang teruja setelah dua tahun tidak dapat menjalani ibadah Ramadan berikutan kekangan wabak Covid-19. Antara yang terlintas di fikiran adalah masjid untuk menunaikan solat terawih.
Tidak dinafikan, setiap negeri mempunyai masjid yang dibina dengan reka bentuk yang menjadi simbolik kepada negeri tersebut. Seni bina yang memukau pandangan membuatkan kita lebih bersemangat untuk menunaikan ibadah di bulan yang mulia.
BACA: Terpegun Dan Menakjubkan, Inilah 10 Masjid Paling Cantik Di Dunia
Kali ini SK nak kongsikan dengan anda semua tentang keunikan bangunan masjid yang dibina di Sungai Penchala, Kuala Lumpur.
Kelihatan seperti sarang burung, masjid yang dikenali dengan nama Yayasan Tawfiq atau Musolla Al- Abrar ini telah menarik perhatian ramai dengan senibina estetik.
Jom kita tengok gambar-gambar Musolla Al-Abrar ini yang dikongsikan oleh Hafiz di laman Twitternya.
“Bukan sarang burung, tapi antara masjid estetik di Kuala Lumpur, Musolla Al-Abrar.”
Menurut Hazwan, bangunan ini dibina dengan berkonsepkan ‘Tropical Brutalism’ iaitu gabungan blok konkrit bergeometri bersama tumbuhan hijau.
Reka bentuk seperti ini sangat unik serta menjadi perhatian ramai pengunjung.
Suasana yang redup dan udara yang nyaman dengan tumbuh-tumbuhan di kawasan masjid juga begitu menenangkan.
Tambah Hazwan, walaupun terdapat banyak lubang, kawasan masjid sememangnya bersih dan terjaga.
Redup + sejuk pic.twitter.com/hZDxZPx61w
— Hazwan Hafiz (@hazwanhfiz) March 22, 2022
Sumber: Hazwan Hafiz