Siakap Keli
pengeluaran khas
Gambar: Bernama

Pengeluaran Khas: 4 Perkara Penting Kena Buat Sebelum Proses Mohon Keluar KWSP 10k

Berikutan permohonan pengeluaran khas yang boleh dibuat tidak lama lagi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan beberapa maklumat ringkas untuk rujukan ahli.

Menerusi infografik yang dimuatnaik di Facebook, KWSP mengingatkan orang ramai bahawa permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal Pengeluaran Khas.

Semak empat perkara sebelum buat permohonan pengeluaran khas

Selain itu, orang ramai perlu menyemak beberapa perkara penting terlebih dahulu bagi melancarkan urusan permohonan.

Anda perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP dan seterusnya menyemak baki simpanan KWSP.

Tidak cuma itu, nombor akaun bank juga perlu dipastikan berada dalam keadaan aktif sama ada bagi akaun simpanan atau semasa.

Paling penting, anda haruslah memastikan akaun KWSP itu adalah di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.

Bagi ahli yang tidak boleh mempunyai akaun bank pula, anda boleh memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah bayaran.

Tambah KWSP, orang ramai nanti boleh merujuk Soalan Lazim Pengeluaran Khas yang akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah memaklumkan bahawa kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000.

Ia dilakukan bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19, lapor Bernama.

BACA JUGA: Guna Duit KWSP Sebagai Modal Perniagaan, Boleh Ke? Ini Penjelasan Penasihat Kewangan

Dalam sidang media pada minggu lalu, Perdana Menteri berkata pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP,” katanya.

Pun begitu, beliau juga merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Beliau turut berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion.

Ia melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lepas.

Tiga program pengeluaran khas KWSP itu merupakan pengeluaran pra-persaraan yang diperkenalkan sebagai langkah sementara.

Langkah tersebut membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuh impak pandemik COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.