Siakap Keli
Sumber: BERNAMA

Madeline Albright, Wanita Pertama Dilantik Setiausaha Negara AS Meninggal Dunia

WASHINGTON, 24 Mac — Madeline Albright, wanita pertama yang berkhidmat sebagai diplomat tersohor Amerika, meninggal dunia pada usia 84 tahun, umum keluarganya pada Rabu.

Albright meninggal dunia akibat kanser dan “dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan” ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya, menurut keluarganya.

“Kami kehilangan ibu, nenek, kakak, ibu saudara dan kawan yang penyayang,” lapor Agensi Anadolu memetik ciapan keluarga itu di Tweeter.

Albright dilahirkan di bekas Czechoslovakia, dan datang ke AS sebagai pelarian di usia 11 tahun pada 1948. Kerjayanya terus meningkat ke peringkat tertinggi dalam penggubalan dasar Amerika, berkhidmat sebagai setiausaha negara wanita pertama dari 1997 hingga 2001 di bawah bekas Presiden Bill Clinton.

Beliau sebelum itu pernah berkhidmat sebagai duta Clinton ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dari 1993 hingga 1997.

Albright dianugerahkan Pingat Kebebasan, penghormatan awam tertinggi AS, oleh bekas Presiden Barack Obama pada 2012.

Sumber: BERNAMA

Akhmar Ikmal