Siakap Keli
matawang pembayaran gas rubel
Kredit: RT

Matawang Pembayaran Gas Eropah Ditukar Kepada Rubel Russia – Putin

Matawang pembayaran bagi bekalan gas ke Eropah akan ditukar kepada rubel Russia secepat mungkin melalui mesyuarat bersama kerajaan Russia hari ini.

Presiden Russia, Vladimir Putin berkata, Russia hanya akan menerima bayaran rubel untuk penghantaran gas kepada negara yang tidak mesra (kepada Russia).

Ia termasuklah negara-negara Kesatuan Eropah (EU) selepas Moscow disekat dan itu tidak pernah terjadi ke atas Ukraine sebelum ini.

Beliau juga telah memutuskan untuk melaksanakan satu langkah bagi memindahkan pembayaran bekalan gas ke negara-negara yang tidak baik ke dalam rubel Rusia.

Difahamkan, Putin mengarahkan perubahan itu dilaksanakan dalam masa seminggu selepas mesyuarat kerajaan berlangsung hari ini.

“Russia akan berhenti mengambil pembayaran dalam mata wang yang telah dikompromi.

“Russia akan terus membekalkan gas dalam jumlah yang ditetapkan dalam bentuk kontrak terdahulu,” tambah Putin.

Selain itu, Putin turut menyifatkan pembekuan aset Russia di luar negara sebagai tidak sah.

Menurut kenyataan beliau, Amerika Syarikat dan EU telah mengisytiharkan kemungkiran sebenar terhadap kewajipan mereka kepada Rusia.

“Kini semua orang di dunia tahu bahawa kewajipan dalam dolar boleh dimungkiri,” katanya.

Sejurus selepas pengumuman itu, rubel dilapor lebih kukuh berbanding matawang Dolar AS dan Euro.

Video pengisytiharan tersebut dimuatnaik oleh @RT_com melalui akaun Twitter dan mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Sumber: @RT_com

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.