Siakap Keli
tiada lagi kuarantin
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - BERNAMA

Tiada Lagi Kuarantin, Ini Senarai Protokol Khas Pengembara Lengkap Vaksin

KUALA LUMPUR – Tiada lagi kuarantin antara Malaysia dan Singapura apabila masuk ke fasa endemik yang akan berkuat kuasa pada 1 April ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin menerusia sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

“Hari ini kedua-dua perdana menteri (PM) telah bersetuju membenarkan semua pengembara yang lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat dan udara tanpa perlu menjalani kuarantin atau apa-apa ujian COVID-19 termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.

“Ini adalah terpakai kepada semua jenis pengembara dan jenis pengangkutan darat,” katanya.

Maklum Khairy, kebenaran tersebut diberikan bersama beberapa protokol khusus yang telah ditetapkan.

Menurutnya, pengembara yang telah lengkap vaksin COVID-19 dibenarkan merentas sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.

“Mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin, melakukan ujian COVID-19 sebelum berlepas dan melakukan ujian COVID-19 semasa ketibaan.

“Dan juga saya ingin memaklumkan bahawa checkpoint darat akan dibuka semula 24 jam sehari.

“Manakala bagi semua pengembara yang telah lengkap vaksin COVID-19 yang melalui sempadan udara, mereka hanya perlu melakukan ujian COVID-19 dua hari sebelum berlepas,” katanya.

Tambah Khairy lagi, bagi ujian COVID-19 tersebut, mereka hanya perlu menjalani ujian pantas RTK dan bukan lagi PCR.

Dalam pada itu, Khairy turut menyenaraikan protokol khusus bagi pengangkutan darat dan udara melibatkan kedua-dua negara.

“Dari segi kekerapan persetujuannya untuk darat tidak ada lagi kouta, semua kategori pengangkutan boleh gunakan sempadan darat sama ada Tambak Johor atau link kedua, tertakluk kepada mereka (yang) ada permit PEP Singapura yang diperbaharui.

“Untuk pesawat pula, kedua-dua kerajaan serah kepada syarikat-syarikat penerbangan tambah flight seperti mana yang mereka putuskan dari sudut komersil, tidak ada lagi sekatan dari segi berapa banyak flight..dan sebagainya,” katanya lagi.

Sumber: Sidang media KKM

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.