Seorang wanita dilaporkan menangis histeria sambil memeluk pusara dipercayai milik bapanya dan aksinya itu telah menjadi tular di media sosial, lapor portal Yoursay.
Difahamkan, video yang memaparkan situasi pilu wanita yang menangis histeria itu telah dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok.
“Selepas ini, apa yang harus saya lakukan,” tulis kapsyen di video itu.
Momen sedih jelas dapat dirasai ketika wanita itu terus memeluk erat kubur tersebut sehingga membuatkan orang disekelilingnya turut menangis.
Menerusi video itu, kubur tersebut kelihatan masih lagi baharu dan turut dikunjungi oleh wanita-wanita lain.
Mereka juga dilihat cuba menenangkan wanita yang menangis itu.
Bagaimanapun, wanita itu seperti tidak dapat menerima pemergian bapanya dan terus menangis teresak-esak sambil memeluk kubur.
BACA JUGA: (Video) Lelaki Tak Dapat Kawal Emosi Di Hari Pengebumian Adik
Menjengah ke ruangan komen, wanita itu mendedahkan bahawa dirinya merupakan anak tunggal dan hatinya hancur kerana ditinggalkan bapanya yang merupakan cinta pertamanya.
“Saya anak tunggal, jadi bayangkan betapa hancurnya hati saya apabila kehilangan cinta pertama dalam hidup saya,” katanya.
Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kematian bapanya.
Video itu dilaporkan telah ditonton sebanyak 8.6 juta kali dan dihujani dengan pelbagai komen dari netizen.
“Tak dapat bayangkan kalau ada dekat tempat dia,” kata seorang netizen.
Tidak kurang juga ada yang berkata pernah berada di posisi wanita itu dan menjelaskan bahawa kehilangan bapa adalah luka paling pedih yang dirasakan.
“Anak perempuan sememangnya akan merasai kesakitan bila hilang seorang ayah. Tiada lagi tempat bermanja selepas ini,” kata seorang lagi netizen.
Sebelum ini, kejadian yang hampir sama pernah berlaku di mana seorang lelaki tidak dapat mengawal perasaan dan menangisi pemergian adiknya.
Dalam kejadian pada Julai 2021 itu, video lelaki itu yang sedang menangis teresak-esak telah tular.
Kelihatan lelaki itu sedang menangis teresak-esak di kubur adiknya sambil ditenangkan oleh orang-orang yang hadir ke majlis pengkebumian tersebut.
Mungkin tidak dapat menahan kesedihan yang amat terlampau telah membuatkan lelaki berkenaan bertindak sedemikian.
Sumber: Yoursay