SUBANG JAYA: Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) meneruskan kempen program tanggungjawab sosial korporatnya, Senyuman Syawal dan MYDIN Prihatin Syawal 2022 bagi membantu persiapan golongan memerlukan menjelang sambutan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.
Pelancaran kempen disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor yang majlisnya berlangsung di MYDIN US pada 24 Mac 2022.
Sebanyak 51 jenama pembekal strategik MYDIN turut mengambil bahagian dalam kempen mengumpul dana tersebut di mana bermula 1 Mac sehingga 22 Mei 2022 setiap pembelian produk terpilih di mana-mana cawangan MYDIN, sejumlah dana 5 sen sehingga RM1.00 aka disalurkan ke dana MYDIN Prihatin.
MYDIN menyasarkan kutipan sehingga RM300, 000.00 bagi diagihkan dalam bentuk kelengkapan baju raya serta keperluan dapur dan rumah golongan sasar di seluruh negara antaranya asnaf, rumah kebajikan anak-anak yatim dan warga emas berdaftar serta mereka yang terkesan oleh pandemik Covid-19.
Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Ameer Ali Mydin, “Kempen seumpama yang dilancarkan saban tahun in merupakan inisiatif bersama rakan pembekal MYDIN bagi menyumbang kembali kepada masyarakat terutama ketika menjelangnya musim perayaan.
Golongan rentan dan B40 amat dekat di hati kami dan memahami kepayahan yang dihadapi mereka membuatkan kami mengambil tanggungjawab bersama membantu sedaya upaya kami bagi mengukir ‘Senyuman Syawal’ kepada mereka”.
Pelbagai tawaran menarik sepanjang kempen berlangsung sehingga 25 Mac in termasuk peraduan menarik, diskaun istimewa barangan termasuk barangan keperluan dapur, barangan segar, pakaian, barangan rumah serta pelbagai lagi.
Orang ramai boleh mengunjungi cawangan MYDIN terdekat atau layari media sosial rasmi MYDIN Malaysia bag mengetahui maklumat lanjut dan promosi yang berlangsung.