Siakap Keli
tiada kawan

Doktor Di Korea Dakwa Individu Tak Pernah Kena Covid Mungkin Sebab Tiada Kawan & Ada Masalah Hubungan

SEOUL – Satu kenyataan oleh seorang doktor pakar di Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas beliau menyatakan bahawa individu yang belum dijangkiti Covid-19 berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai atau tiada kawan.

MenurutĀ  doktor pakar yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Vaksin Korean, Ma Sang-hyuk menerusi Facebooknya mendakwa, orang dewasa yang belum pernah dijangkiti Covid-19 sebenarnya mungkin mempunyai masalah untuk mencipta perhubungan.

Hantaran Facebooknya mengenai perkara tersebut dibuat selepas bilangan kes jangkitan harian baharu di Korea mencecah lebih 400,000 dan angka kematian turut meningkat tinggi. Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadam setelah mendapat kecaman hebat daripada warganet.

Sebelum ini, doktor pakar itu menyokong usaha untuk ‘hidup bersama wabak’ dan meminta orang ramai untuk lebih fokus kepada rawatan Covid-19 berbanding mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Tegasnya, sistem perubatan negara tersebut perlu disusun semula supaya individu yang positif Covid-19 mendapat rawatan lebih cepat.

“Malang bagi mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19, tetapi kita juga perlu memikirkan mereka yang tidak dapat ke hospital walaupun mereka sakit dan mengalami ketakutan di rumah. Mereka sepatutnya berhak menerima rawatan,” katanya lagi.

Terdahulu, satu catatan daripada Wall Street Journal bertarikh 6 Februari daripada Pakar Penyakit Berjangkit, Brenda Crabtree ada mengeluarkan kenyataan hampir sama dengan Ma Sang-hyuk.

“Jika anda tidak mempunyai rakan yang dijangkiti sekarang, anda sebenarnya tidak mempunyai kawan.”

Difahamkan sehingga 23 Mac lalu, jumlah kumulatif kes yang disahkan positif di Korea Selatan telah melepasi paras 10 juta iaitu hampir satu daripada lima orang di negara itu dijangkiti wabak Covid-19.

BACA: Tular Rakaman Warga Emas Dipercayai Jadi Mangsa Samun Dua Individu Bermotosikal

Sumber: Mothership, Korea Herald

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang