Siakap Keli
Kematian Drummer Foo Fighters
Kredit: Daily Mail

Kematian ‘Drummer’ Foo Fighters, Pakar Sahkan Temui 10 Jenis Dadah Dalam Air Kencing

Pemain drum Foo Fighters, Taylor Hawkins didakwa mempunyai sepuluh jenis dadah dalam badannya selepas dia ditemui meninggal dunia di sebuah hotel bertaraf lima bintang baru-baru ini.

Menurut Daily Mail, wartawan Luis Carlos Velez melaporkan, pada awalnya pihak polis menemui serbuk putih dipercayai kokain ketika masuk ke dalam bilik mendiang pada hari kejadian.

“Di dalam bilik tersebut pihak berkuasa Colombia menemukan tin bir kosong, botol vodka yang telah dibuka, botol Coca-Cola dan beberapa lagi bahan lain yang masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Saksi yang berada di hotel memberitahu saya bahawa Hawkins telah menghubungi pihak hotel untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami sakit dada sebelum ditemui mati dalam biliknya,” lapor Daily Mail.

Sementara itu, berikutan bedah siasat peringkat awal, Pejabat Peguam Negara turut mengeluarkan kenyataan mengenai kematian mengejut pemain dram Foo Fighters tersebut.

“Pejabat Peguam Negara Colombia telah mengesahkan perkara berikut selepas bedah siasat awal ke atas mayat Taylor Hawkins dilakukan.

“Dalam ujian toksikologi pada air kencing Taylor Hawkins, terdapat 10 jenis bahan telah ditemui secara awal termasuk marijuana, tricyclic antidepressants, benzodiazepines dan opioids.

“Institut Perubatan Forensik Kebangsaan sedang meneruskan kajian perubatannya untuk mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai fakta yang membawa kepada kematian Taylor Hawkins,” lapor Daily Mail.

Mengimbas kembali, empat tahun selepas menyertai Foo Fighters, Hawkins dipercayai terlebih dos dadah jenis heroin hingga menyebabkan dia koma pada tahun 20o1.

Memetik Daily Mail, wartawan muzik dan hiburan Colombia, Alejandro Marin berkata, jangan salahkan negara kerana Taylor meninggal di Colombia jika ia meninggal disebabkan oleh berlebihan dos dadah.

Difahamkan, tidak lama selepas kematian Hawkins diumumkan, berpuluh-puluh peminat serta wartawan dan juruvideo mula berkumpul di luar hotel tempat kumpulan itu menginap.

“Terdapat juga ambulans serta kereta polis berada di luar kawasan hotel tersebut.

“Mayat Hawkins dibawa keluar dari hotel pada malam Jumaat dan dimasukkan ke dalam van koroner dan di bawa pergi.

“Kumpulan tersebut dijadualkan akan melakukan persembahan di Festival Estero Picin di ibu negara Colombia.

“Namun satu pengumuman telah dibuat kepada pengunjung bahawa kumpulan itu tidak akan melakukan persembahan kerana keadaan kesihatan yang serius,” lapor Daily Mail.

Hawkins yang telah berkahwin dengan Alison dikurniakan dua orang cahaya mata yang telah meningkat remaja, iaitu Oliver dan Annabelle.

Hawkins dikhabarkan baru sahaja menyelesaikan beberapa konsert jelajahnya di Amerika Selatan bersama kumpulan itu dan konsert terakhirnya adalah di San Isidro, Argentina, Ahad lalu.

BACA JUGA: Seniman Popular & Pelakon Veteran, Amran Tompel Meninggal Dunia

Sumber: Daily Mail

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.