Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah sekitar pukul 8.39 malam tadi, lapor MetMalaysia.
Menerusi perkongsian MetMalaysia di Twitter, pusat gempa bumi itu adalah 47 km dari timur Pitas dengan kedalaman 7 km.
Gegaran akibat daripada gempa itu mungkin dirasai di Beluran dan sekitarnya.
“Jabatan meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” kata MetMalaysia.
GB lemah M3.8 berlaku di Beluran,Sabah, 8:39pm, 28/3/2022. Pusat GB di 6.5°U & 117.5°T, kedalaman 7 km. 47km T Pitas,Sabah.Gegaran mungkin dirasai di Beluran dan sekitarnya. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/ooH0uSFTIh
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 28, 2022
Sumber: MetMalaysia