Siakap Keli
hapuskan lipas

Hanya Guna Tiga Bahan Mudah, Wanita Kongsi Tips Buat Perangkap Lipas

Lipas adalah serangga perosak yang sangat serba ‘boleh’, ia mempunyai diet yang sangat pelbagai dan akan makan apa sahaja yang ‘terhidang’ di depannya. Untuk perangkap lipas ini pula bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia pakar dalam bersembunyi.

Kehadirannya di dalam rumah sememangnya merisaukan kerana ia juga boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada manusia.

Menggunakan racun serangga untuk menghapuskan serangga ini sememangnya berkesan tetapi lama-kelamaan akan ada lipas baharu pula yang bersarang di dalam rumah.

Justeru, seorang pengguna TikTok, @zuriaty_musa ada berkongsikan satu tips untuk buat perangkap lipas di dalam rumah.

Guna tiga bahan

Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah ini, anda mungkin akan dapat hasil yang memuaskan.

Menurut Zuraity, bahan yang perlu digunakan adalah minyak terpakai, marjerin dan susu.

Masukkan kesemua bahan itu di dalam bekas dan gaul sehingga sebati dan seterusnya letakkan di tempat-tempat lipas membiak.

Sehingga kini,  video tersebut telah ditonton sebanyak 2.5 juta kali di TikTok.

@zuriaty_musa

Tips utk rumah yg banyak lipas . Semoga membantu #lipas #diy #kaktysukashare

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Dalam satu video yang lain, Zuraity menunjukkan hasil ‘tangkapannya’ setelah menggunakan bahan tersebut.

Menerusi video itu, beberapa ekor lipas dilihat sudah tidak lagi bernyawa dan tenggelam di dalam larutan bahan itu.

@zuriaty_musa

Reply to @adibmalaini93 Ok ok sebelum Adib buat hal kakty share result dia #lipas #perangkaplipas #kaktysukashare

♬ Funny Song – Cavendish Music

Percayalah, sebersih manapun rumah anda, pasti akan ada juga lipas yang bersarang di sudut-sudut yang tidak terjangka.

Namun, bagaimana lipas boleh masuk ke dalam rumah yang bersih?

Untuk pengetahuan anda, sesetengah kawasan lebih terdedah kepada lipas berbanding yang lain.

Ia mungkin memasuki rumah anda melalui celahan pada tingkap atau melalui pintu yang dibiarkan terbuka dalam tempoh masa yang lama.

BACA JUGA: “Pagi-pagi Collect Hasil”, Beli Kat Speedmart Je, Abang Ni Kongsi Hasil ‘Tangkapan’ Lipas Dalam Kereta

Lipas masuk ke dalam rumah anda untuk mencari tiga perkara iaitu makanan, tempat tinggal dan air.

Mereka juga mempunyai keupayaan untuk menggunakan ruang kecil bagi masuk ke dalam rumah anda.

Ia boleh masuk melalui rekahan di dinding, lubang pengering dan celahan antara dinding dan lantai.

Tidak cuma itu, lokasi paling ‘popular’ yang dihuni oleh serangga itu adalah di bawah peti sejuk dan unit penghawa dingin.

Dengan adanya tips yang dikongsikan oleh Zuriaty, anda boleh menghapuskan lipas-lipas di kesemua lokasi tersebut dengan sangat mudah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: zuriaty_musa, northwest

Sofea

There's always another side to every story