Siakap Keli
Gambar WSVN via Google

Mayat Bayi Dijumpai Dalam Tangki Septik Di Florida

Mayat seorang bayi lelaki berusia setahun yang hilang selama sehari akhirnya ditemui dalam sebuah tangki septik di kawasan rumahnya di Florida, baru-baru ini.

Ketua Polis Putnam County, H.D. “Gator” DeLoach, berkata, “Mayat Jose Lara ditemui dalam tangki septik kira-kira 32 meter dari rumah keluarganya di Putnam County di sini,” katanya dalam sidang media.

Menurut penyiasat, kematian kanak-kanak lelaki tersebut didefinisikan sebagai kes yang tidak sengaja melalui bukti yang diperolehi mereka.

“Papan lapis yang menutupi tangki septik itu tidak kelihatan seperti telah dibuka, tetapi penyiasat mengesyaki budak lelaki itu terpijak penutup kayu reput sebelum jatuh ke dalamnya,” dakwa DeLoach.

Sejak Ahad, lebih 120 pegawai polis dan anggota bomba telah menggeledah kawasan seluas dua batu persegi (5.2 kilometer persegi) di lapangan rumah itu.

Keesokannya, satu keputusan dibuat untuk mengalirkan air dari tangki septik tersebut.

“Ini bukanlah resolusi yang kami harapkan, sudah tentu ini senario yang paling teruk,” kata DeLoach lagi.

Kejadian hampir serupa, mayat bayi ditemui dalam peti sejuk

Imbas kembali, seorang bayi dilaporkan telah ditemui mati dalam sebuah peti sejuk selepas lebih setahun ditinggalkan oleh bapanya di situ, lapor Bangkok Post baru-baru ini.

Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai berkata mayat bayi yang dibalut dengan tuala itu ditemui oleh pekerja yang diupah untuk mengubah suai rumah di tambon Wat Ket daerah Muang.

Menurutnya, rumah itu dimiliki oleh keluarga tiri kepada bapa bayi tersebut dan dia pernah tinggal di rumah itu bersama teman wanitanya yang hamil.

Wanita itu dipercayai melahirkan bayi yang telah mati dan kerana tidak dapat menerima pemergian anak pertama, lelaki itu dikatakan tidak mahu melakukan proses pengebumian dan memutuskan untuk membekukan mayat tersebut.

Mereka juga telah disabitkan dengan kesalahan mencuri pada ketika itu dan kini menjalani hukuman di penjara Chiang Mai.

Sebelum lelaki itu dimasukkan ke dalam penjara, nenek tirinya yang telah berpindah ke rumah baharu tidak tahu apa yang ada di dalam peti sejuk tersebut sehingga anaknya memutuskan untuk mengubah suai rumah itu pada dua minggu sebelumnya.

BACA JUGA: Mayat Bayi Ditemukan Dalam Peti Sejuk Setelah Lebih Setahun, Disembunyikan Bapa Sendiri

Sumber: News4jax

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.