Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah ambil maklum tentang tindakan seorang individu yang didakwa menegur seorang pelajar dalam video tular di media sosial pada Rabu.
Menerusi satu ciapan di Twitternya, beliau telah menghubungi pihak Universiti Tekonologi Mara (UiTM) untuk meminta penjelasan mengenai isu tersebut.
“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini.
“Saya telah berhubung dengan pihak UiTM Official (Twitter rasmi UiTM) untuk meminta penjelasan mereka,” katanya di Twitter hari ini.
Bagaimanapun, pihak UiTM belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu itu setakat ini.
Terdahulu, video tular berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan individu terbabit yang dipercayai memarahi seseorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba.
Malah selain itu, individu itu juga disyaki turut mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada golongan B40.
Sumber: Dr Noraini Ahmad
BACA: Mangsa Banjir Boleh Tangguh Bayaran PTPTN, Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mohon