Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Vokalis The Wanted, Tom Parker Meninggal Dunia Akibat Barah Otak

Edayu
Tom Parker meninggal

Vokalis band popular The Wanted, Tom Parker meninggal dunia pada Rabu selepas berjuang selama dua tahun melawan barah otak.

Perkara itu disahkan oleh isterinya, Kelsey Hardwick menerusi hantaran di laman Instagramnya semalam.

“Dengan dukacitanya kami mengeshakan Tom telah meninggal dunia hari ini (Rabu) di samping keluarga tercinta.

“Hati kami hancur, Tom sangat bermakna dalam hidup kami. Kami tak dapat bayangkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa senyumannya.

“Dan kami bersatu untuk memastikan legasi Tom terus bersinar untuk anak-anaknya. Kami berterima kasih atas sokongan semua sepanjang perjuangannya melawan kanser. Saya selamanya bangga dengan awak. “ tulisnya.

Meninggal dunia pada usia 33 tahun

Menurut laman Facebook The Wanted, Parker meninggal dunia dengan tenang sewaktu makan tengah hari bersama keluarga dan rakan karibnya pada 30 Mac semalam.

Mendiang meninggalkan isteri dan dua orang anak yang masih kecil.

Tom Parker berusia 33 tahun itu disahkan menghidap kanser otak pada Oktober 2020 selepas diserang sawan.

Lebih menyedihkan, semasa mendiang didiagnos dengan penyakit itu, isterinya sedang hamil anak kedua mereka.

September tahun lalu, Tom mengadakan persembahan bersama ahli kumpulan The Wanted yang lain iaitu Max George, Siva Kaneswaran, Nathan Skyes dan Jay McGuiness di Gig Stand Up to Cancer bertempat di Royal Albert Hall London. Acara ini bertujuan untuk mengumpul dana untik organisasi National Brain Appreal.

Kumpulan The Wanted ini sangat terkenal pada awal 2010-an sebagai kumpulan boyband lelaki popular. Lagu-lagu hit mereka seperti ‘Chasing The Sun‘, ‘Walks Like Rihanna‘ dan ‘Glad You Came‘.

Sumber: Mothership

Baca juga: Teringin ‘Baby Girl’, Doktor Kongsi Tips Untuk Bakal Ibu & Ayah