Siakap Keli
minum ais berbuka
Gambar Hiasan via Google

Boleh Tambah Berat Badan, Ini Kesan Jika Minum Air Sejuk Semasa Berpuasa Ramadan

Setelah seharian berpuasa, minuman berais atau air sejuk semestinya menjadi pilihan utama ketika berbuka puasa.

Tak dinafikan, minuman sejuk atau berais mampu memberi kesegaran, tambahan pula selepas lebih kurang 12 jam menahan dahaga.

Namun tahukah anda, minum minuman sejuk atau ais ketika waktu berbuka puasa boleh memberi kesan terhadap kesihatan.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kesan minum ais ketika berbuka puasa, ikuti penerangan lanjut yang dikongsikan oleh portal kesihatan, Hello Doktor di bawah ini.

Pencernaan lemak

Lemak terdiri daripada dua kompaun iaitu gliserol dan asid lemak yang bergabung menjadi trigliserida.

Disebabkan trigliserida bersifat takut kepada air (hydrophobic), ini membuatkannya tidak larut di dalam air.

Sedangkan enzim lipase yang digunakan untuk menguraikan lemak tersebut adalah jenis yang larut dalam air sahaja.

Badan menangani keadaan ini dengan merembeskan garam hempedu yang akan membuatkan gumpalan lemak tadi pecah menjadi gumpalan yang kecil.

Gumpalan ini akan meningkatkan luas permukaan untuk enzim lipase menguraikan lemak tersebut.

Ketika diuraikan menjadi gliserol dan asid lemak, barulah ia akan diserap oleh dinding usus dan akan dibawa ke seluruh anggota badan yang lain untuk digunakan sebagai tenaga ataupun tempat penyimpanan tenaga seperti lemak.

Menambahkan berat badan

Pengambilan air sejuk semasa puasa menyebabkan pembekuan lemak yang ada dalam darah. Ini mengakibatkan peredaran darah menjadi tidak lancar.

Gambar Hiasan via Google

Apabila peredaran darah tidak lancar, maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Keadaan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk.

Ketika selesai makan dan mengambil minuman sejuk, air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan mengganggu proses pencernaan. Kesannya, perut boleh menjadi buncit.

Risiko kerosakan buah pinggang

Pengambilan air yang bersuhu dingin dan air bergas semasa Ramadan tidak merosakkan buah pinggang.

Sebaliknya jika anda sering mengambil air bergas semasa puasa mungkin akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang pada bulan-bulan Ramadan akan datang kerana air bergas mengandungi kandungan gula yang tinggi.

minum ais berbuka
Gambar Hiasan via Google

Kajian menunjukkan pengambilan air bergas meningkatkan risiko kencing manis dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Oleh itu, untuk mengelakkan gangguan kesihatan sepanjang Ramadan, biasakan meminum air putih yang tidak sejuk terlebih dahulu dan kemudiannya makan makanan manis seperti kurma dan manisan.

Selepas lima hingga 10 minit, barulah boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.

Sumber: Hello Doktor

Eyla Azri