Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang penyampai radio Tawau.fm membuat permohonan maaf kerana tidak sengaja menyiarkan azan Maghrib sebanyak dua kali pada petang tadi.
Penyampai radio berkenaan, Mohd Safwan berkata, siaran azan berkenaan terawal kira-kira empat minit daripada waktu Maghrib yang sebenarnya.
“Saya, Mohd. Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib telah disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6:16 petang dan yang kedua 6:20 petang.
“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6:20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Safwan turut mengakui bahawa kesilapan tersebut adalah berpunca daripada dirinya sendiri, sekaligus membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umum.
“Oleh itu, saya dengan rendah diri, secara peribadi, memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan keadaan ini.
“Kesilapan ini adalah kesilapan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau, atau Tawau.fm. Mohon share permohonan maaf ini. Salam Ramadan,” tambahnya lagi.
Sumber: Facebook Mohd Safwan