Siakap Keli

(Video) Kesal Apa Yang Berlaku, Penyampai Radio Hitz FM Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan seorang penyampai radio yang ‘mengulas’ aksi seorang guru yang beraksi di depan kamera di Didik TV.

Bagaimanapun tindakan penyampai radio berkenaan mendapat kecaman hebat daripada warganet, rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya yang didakwa seakan-akan memperlekehkan usaha guru tersebut.

Akibat tular dan menerima respon negatif, difahamkan pihak pengurusan penyiaran radio itu mengambil tindakan menggantung tugas ke atas penyampai berkenaan.

Namun atas rasa ingin menebus kesilapannya, penyampai radio itu tekad membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Facebooknya hari ini. Mari saksikan video ini.

‘Reda’ dengan apa yang telah berlaku, ramai warganet berlapang dada menerima permohonan maaf daripadanya.

Malah ada yang beranggapan, tindakan itu adalah satu langkah ‘berani’ mengaku bersalah atas kesilapannya sendiri.

Benar tu. Kita sesama rakyat Malaysia haruslah saling menghormati antara satu sama lain, lebih-lebih lagi jika berbeza umur dan identiti.

Tidak kurang juga, ada warganet anak jati Sarawak sendiri yang tampil menyuarakan pendapatnya sebagai saudara senegeri.

Jadikan kes ini sebagai pengajaran buat kita semua.

 

Sumber: Yusuf Shukri

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'