Siakap Keli
Viral Gerai Soto Sedap
Gambar via Twitter

Gerai Soto Sedap Di Gombak Harga RM7, ‘Portion’ Banyak

Viral gerai soto sedap di Gombak sehingga membuatkan ramai yang meleleh air liur. Gombak, cukup terkenal dengan ‘syurga’ makanan dan sering sering menjadi tumpuan para pencinta makanan.

Cakap sahaja apa jenis makanan, dari masakan tempatan, makanan Jepun sehingga hidangan ala Barat, semuanya boleh didapati di kawasan ini.

Bagi yang gemar dengan makanan-makanan nusantara seperti soto, anda boleh dapatkan hidangan ini dengan harga serendah RM7 sahaja di salah satu gerai di Gombak.

Menurut pengguna Twitter Afifah Noviani, gerai yang bertempat di Jalan Gombak Batu 6, tepatnya di depan masjid lama sebelum lampu isyarat ini menyajikan hidangan soto dengan jumlah yang cukup banyak.

“Gerai soto sedap RM7 tapi tak laku..”

Guys, this kedai soto in Gombak sumpah sedap soto dia. Very generous portions too for only RM7 with the nicest lady selling it. Tapi tak laku, semalam they had only three customers.

Viral Gerai Soto Sedap
Gambar: Twitter Afifah Noviani

Serious kesian. If you are in Taman Melati, give her soto a try okay? Her gado-gado looks good too.

Telur rebus dia bagi sebiji. Her bergedil is the best I have ever had. When that aunty told me semalam laku tiga saja, my heart melt.

Jom support small businesses. Kalau nak order awal bolehlah contact aunty ini dulu ya.

Viral Gerai Soto Sedap
Gambar: Twitter Afifah Noviani

Sumber: Twitter Afifah Noviani

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.