Syarikat Perlombongan Minyak dan Gas Indonesia (PT Pertamina) menyatakan harga minyak RON92 tidak bersubsidi telah naik kepada RM1.05/liter dari sebelumnya RM2.64/liter kepada RM3.69/ liter.
Memetik Republika, kenaikan harga itu bermula 1 April baru-baru ini jam tepat pukul 12:00 tengah malam. Kenaikan harga tersebut melibatkan beberapa wilayah di Indonesia antaranya Bali, Nusa Tenggara Barat dan Nusa Tenggara Timur.
Naib Presiden Komunikasi Korporat Pertamina, Fajriyah Usman berkata, penyesuaian harga tersebut seiring dengan keputusan kerajaan berkenaan formula harga dasar yang ditetapkan.
“Pertamina melakukan penyesuaian harga BBM umum dalam rangka mengimplementasikan Keputusan Menteri ESDM Nomor 62 K/12/MEM/2020 tentang formula harga dasar dalam perhitungan harga jual eceran jenis bahan bakar minyak umum jenis bensin dan minyak solar yang disalurkan melalui stasiun pengisian bahan bakar umum,” katanya, memetik Republika.
Sementara itu, bagi wilayah Kalimantan Selatan, Kalimantan Timur, Kalimantan Utara, Sulawesi Utara, Gorontalo, Sulawesi Tengah, Sulawesi Tenggara, Sulawesi Selatan, Sulawesi Barat, Maluku Utara, Papua dan Papua Barat, harga Ron 97 telah meningkat sebanyak RM1.05/liter.
Berbanding dari harga sebelum ini hanya RM2.79 kepada RM3.74 seliter. RON98 pula dijual dalam anggaran RM4.25 – RM4.42 seliter, bergantung kepada lokasi wilayah tersebut.
Pertamina memutuskan kenaikan harga bahan api tidak bersubsidi itu bertujuan untuk mengurangkan beban syarikat yang tertekan akibat harga minyak dunia yang mencecah melebihi 100 dolar AS (RM421) satu tong.
Walau bagaimanapun, pihak syarikat menyatakan bahawa nilai kenaikan harga ini masih jauh di bawah nilai ekonomi.
“Pertamina sentiasa mengambil kira kuasa beli rakyat, harga minyak RON97 masih lebih kompetitif di pasaran atau berbanding harga bahan api serupa daripada pengusaha stesen minyak lain.
“Ini baru dilakukan dalam tempoh tiga tahun sejak 2019,” kata Setiausaha Korporat Sementara Pertamina, Patra Niaga Irto.Gunting, lapor Republika.
Disamping itu, harga minyak RON97 di Malaysia dijangka meningkat kepada RM3.91 seliter menurut maklumat yang disampaikan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Khamis lalu.
Difahamkan juga, harga bahan api di Malaysia diumumkan pada setiap minggu. Buat masa ini, RON95 dijual pada harga RM2.05 harga tetap seperti minggu sebelumnya. Harga diesel juga kekal tidak berubah pada 2.15 ringgit Malaysia.
“Harga jualan bahan api di Malaysia lebih murah berbanding bahan api yang dijual oleh Pertamina Indonesia.
“Kementerian Kewangan Malaysia menyatakan bahawa kerajaan akan terus memantau trend harga minya mentah global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan rakyat yang mapan.
“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.
“(Ia)..walaupun harga pasaran (diperolehi daripada mekanisme penetapan harga automatik) bagi RON95 dan bahan api diesel telah meningkat melebihi harga siling semasa,” kata Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan, lapor Republika.
BACA JUGA: Tak Boleh Rosakkan ‘Fuel Pump’, Jurutera Ini Kongsi Apa Sebenarnya Jadi Jika Isi Minyak Kereta Penuh
Sumber: Republika