Siakap Keli
leher anak
Gambar Via Tribun News

Dakwa Terdengar Bisikan, Lelaki Nekad Kelar Leher Anak 5 Tahun

Pekanbaru – Seorang lelaki telah menggemparkan penduduk di Pekanbaru, Riau apabila dia bertindak nekad mengelar leher anak lelakinya yang berusia lima tahun.

Memetik laporan Detik News, lelaki berusia 32 tahun itu pada awalnya sedang santai menonton televisyen bersama isteri dan anaknya, dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, dia tiba-tiba bertindak ganas dan mengambil senjata tajam di dapur lalu segera menetak anaknya.

“Suspek dan isterinya pada awalnya berada di dalam bilik. Tidak lama kemudian, suspek tiba-tiba keluar dari bilik.

“Mangsa mengalami luka kesan senjata tajam di leher. Isterinya yang melihat kejadian itu terus menjerit meminta pertolongan dari penduduk,” kata Ketua Polis Rumbai, AKP Linter Sialoho.

Sementara itu, mangsa telah pun dibawa ke Hospital Bhayangkara di Pekanbaru untuk menerima rawatan dan keadaannya dikatakan beransur pulih.

Manakala, suspek telah ditahan oleh penduduk kampung dan menjalani siasatan di balai polis.

Hasil siasatan yang dilakukan, pelaku nekad mengelar leher anaknya dengan alasan bahawa dia mendapat bisikan untuk mengorbankan anaknya.

“Dia mengaku dapat bisikan, jadi harus ada yang perlu dikorbankan iaitu sama ada dirinya atau anaknya. Pelaku memilih anaknya untuk dikorbankan.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah, jadi kami mengesyaki bahawa dia berhalusinasi kerana dadah,” katanya.

BACA: Ayah Dilapor Kelar Leher Anak Kerana Berang Sesuka Hati Tukar Siaran TV Yang Sedang Ditonton

Sumber: Detik News

Sofea

There's always another side to every story