SEPANG – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes cabul pembantu peribadi di kawasan parkir sebuah bangunan di Cyberjaya, kini sedang dikesan oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof memetik Sinar Harian berkata, lelaki berkenaan mempunyai rambut serta kulit berwarna gelap, memakai pelitup muka, berpakaian hitam dan beg silang warna sama ketika insiden berlaku.
Semasa kejadian, mangsa yang berusia 27 tahun mendakwa lelaki tersebut datang untuk membantunya menyimpan barang di dalam kereta, kira-kira jam 2 petang semalam.
“Suspek memberi alasan mahu membantu kerana dia mahukan troli yang ada pada mangsa,” jelas Wan Kamarul dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa walau bagaimanapun telah menolak pelawaan lelaki tak dikenali itu, namun suspek mendesak untuk membantu sebelum cabul mangsa di sebuah bangunan di Cyberjaya
“Wanita itu memberitahu, dia tidak perlukan pertolongan, namun lelaki itu tetap mengambil barang dan memasukkan ke dalam kereta mangsa.
“Tiba-tiba lelaki tersebut telah menyentuh dan meramas punggung mangsa kemudian melarikan diri.
BACA: Polis Tahan Pemandu Van Sekolah Disyaki Cabul Kanak-kanak 11 Tahun
“Mangsa hanya nampak lelaki itu matanya juling.
“Wanita itu juga tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut sebelum ini,” ujar beliau.
Kes kini masih disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian