Siakap Keli
baju raya
Gambar Via Google

Wanita Ini Kongsi Tips Pilih ‘Design’ Baju Raya Sesuai Ikut Bentuk Badan Anda

Dalam kesibukan melakukan ibadah puasa, pasti ramai juga yang kini sedang melakukan persiapan untuk meraikan perayaan Aidilfitri yang bakal menjengah tidak lama lagi termasuk mencari baju raya.

Bagi golongan lelaki, mencari baju raya tidaklah serumit seperti golongan wanita kerana corak dan gaya baju Melayu tidak mengalami perubahan yang besar sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun, berbeza pula dengan baju raya wanita yang setiap tahun mempunyai pelbagai jenis reka bentuk, corak dan gaya.

Setiap orang mempunyai pilihan yang tersendiri. Ada yang suka pakai baju kebaya, kurung moden dan tidak kurang juga, kaftan batik.

Pilih baju sesuai

Bagi wanita yang masih belum lagi membeli baju raya, anda terlebih dahulu perlu memastikan agar baju yang dibeli itu sesuai mengikut bentuk badan anda.

Manakan tidak, pemilihan baju yang kurang sesuai dengan bentuk badan mungkin akan ‘merencatkan’ gaya anda di hari raya.

Misalnya, bukan semua wanita sesuai untuk memakai baju yang mempunyai dart di bahagian hadapan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemilihan baju raya ini, anda boleh mengikuti panduan yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @wani.

Menurutnya, teknik memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan boleh membuatkan kita kelihatan lebih yakin bila berhadapan dengan orang.

“Bulan puasa ni cuba jaga makan, mesti ada turun ukuran badan tu,” katanya.

Cutting duyung

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan olehnya, wanita yang mempunyai bahu bidang sesuai untuk memakai baju jenis cutting duyung.

Ia dikatakan akan memberi keseimbangan pada bahagian bawah.

baju raya
Gambar: Wani

Dart baju di depan

Manakala, bagi wanita yang mempunyai punggung besar tetapi dada kecil dan perut leper, anda sesuai memakai baju yang dilengkapi dart di bahagian hadapan.

Bila memakainya, punggung tidak akan kelihatan lebih besar.

baju raya
Gambar: Wani

Dart baju di belakang

Selain itu, bagi baju yang mempunyai dart di bahagian belakang pula, ia sesuai digayakan oleh wanita yang berdada besar tetapi mempunyai punggung leper.

Jika dart diletakkan di bahagian hadapan, ia akan menyebabkan perut dan dada lebih menonjol.

baju raya
Gambar: Wani

Corak sama baju dan kain

Bagi wanita yang rendah dan kecil pula, anda sesuai memakai baju yang mempunyai corak sama dengan kain sebagai ilusi untuk menampakkan anda lebih tinggi.

baju raya
Gambar: Wani

Pesak gantung

Dalam pada itu, wanita yang rendah dan mempunyai perut buncit sesuai untuk menggayakan baju kurung pesak gantung.

Ia dipercayai baju yang paling sesuai untuk menutup perut buncit dan tampak lebih langsing.

Gambar: Wani

Kurung Pahang

Sementara itu, baju kurung Pahang pula sangat sesuai digayakan oleh wanita yang kurus dan tinggi.

Hal ini kerana, kurung Pahang akan kembang di bahagian bawah dan ia akan menampakkan badan anda yang kurus dan tinggi kelihatan lebih menarik.

Gambar: Wani

Diharapkan panduan ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua wanita yang berhasrat untuk membeli baju raya.

BACA: Tular Baju Raya Tak Muat, Tukang Jahit Ini Akhirnya Tampil Buat Penjelasan

Sumber: wani

Sofea

There's always another side to every story