Siakap Keli

Tular Baju Raya Tak Muat, Tukang Jahit Ini Akhirnya Tampil Buat Penjelasan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini tular kisah seorang wanita mendakwa tukang jahit baju rayanya itu menipu dan hanya mahukan duit sahaja. Sehubungan dengan kisah tersebut, gambar baju raya tak muat yang diupahnya itu tidak menepati saiz yang dijanjikan.

Sudah sememangnya tugas tukang jahit adalah untuk merealisasikan impian semua orang. Namun bagaimana pula, jika pelanggan tidak bersikap realistik sehingga menyukarkan sehinggakan merugikan tukang jahit tersebut?

Terbaru, seorang tukang jahit, Syah Syafiqah akhirnya buka mulut dan jelaskan perkara sebenar mengenai isu penipuan yang didakwa oleh pelanggannya mengenai baju raya tak muat itu pada laman Facebooknya.

Syafiqah mengatakan bahawa pekerja menjahit dua warna baju yang berbeza untuk pelanggan tersebut, tetapi berasa hairan kerana hanya satu warna baju sahaja yang tular. Walhal, dia mendakwa saiz ukuran untuk kedua-dua warna tersebut adalah sama.

Dia mendakwa baju yang dipakai oleh suami pelanggannya dilipat agar nampak singkat. Padahal ianya kelihatan sempurna apabila ada satu video ‘silat’ tular.

Warna kain tersebut berbeza kerana efek warna ‘screenshot’

“Ada juga yang bukan jadi pelanggan saya pun dorang komen pernah jadi customer saya. Bagitahu saya penipu, jahitan rosak semua. Sedangakan tak pernah jadi customer saya dan ada kata saya rosakkan baju pengantin, mana ada saya buat baju pengantin.” katanya.

Menurutnya lagi, dia baru sahaja membuka kedai jahitan tidak sampai setahun dan tidak memiliki beribu pelanggan yang didakwa oleh ‘netizen’. Harapnya perkara ini tidak terjadi lagi oleh pelanggan dan tukang jahit yang lain.

Kepada orang ramai, janganlah kita menuduh seseorang itu tanpa usul periksa, kerana ia akan jatuh fitnah. Siapalah kita sebagai manusia biasa sahaja di muka bumi ini.

 

Sumber: Syah Syafiqah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang