Siakap Keli
Foto: Roslan Hassan

Pelanggan Tak Ada Cash, Apa Yang Dilakukan ‘Cashier’ Ini Sungguh Menyentuh Perasaan

Tular di media sosial mengenai sikap seorang pekerja yang boleh dijadikan contoh dan teladan dalam kehidupan seharian kita. Sebelum ini kita dimomokan dengan sifat tidak keperihatinan yang diberikan oleh pekerja ‘barisan hadapan’.

Namun, masih ramai pekerja yang baik hati dan sentiasa memudahkan pelanggannya.

Seperti kisah anak muda yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook mengenai pengalamannya berhadapan dengan pekerja yang memberi kepercayaan untuk pelanggannya.

Sikap  anak muda ini yang sanggup mengambil pesanan walaupun tidak dibayar terlebih dahulu dan memberi kepercayaan untuk pelanggannya meminjam motosikanya sangat mengagumkan.

Poket saya tiada cash walaupun sesen…

Semalam saya singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh. Saya beratur utk memesan makanan. Queue agak panjang. Ketika itu isteri saya bersama dengan ibu saya di surau. Di poket saya tiada cash walau sesen pun ketika itu.

Bila hampir tiba giliran saya, saya cuba hubungi isteri saya tapi panggilan saya tidak berjawab. Saya cuba call anak-anak perempuan saya yang ketika itu bersama ibu dan nenek mereka, pun tidak berjawab. Saya fikir mereka mungkin sedang solat atau menguruskan ibu saya di toilet.

Bila tiba giliran saya, saya bertanya kepada cashier sama ada menerima pembayaran melalui kad debit. Malangnya tidak. Saya beritahu cashier bahawa saya langsung tiada cash di tangan. Untuk call isteri atau anak-anak ketika itu tidak begitu appropriate kerana orang yang beratur agak ramai.

“Pakcik order dulu, lepastu ambil duit di ATM”

Anak muda cashier ini Firdaus Fitri bertanya kepada saya “Pakcik nak order banyak ke? Kalau untuk seorang tak apa saya belanja”. Saya beritahu dia saya nak order untuk 9 orang.

“OK Pakcik…Pakcik order dulu…lepas tu boleh ambil duit kat ATM”. Saya tanya di mana letaknya mesin ATM terhampir. Dia beritahu ada di stesen Petronas. Jaraknya agak jauh untuk berjalan kaki.

“Pakcik boleh bawa motor tak?” tanya Firdaus Fitri. Saya angguk. “Lepas order ni Pakcik jumpa saya di belakang ambil kunci motor…ya”.

Anak muda ini berjiwa besar… dia ada skill pengurusan yang baik

Selesai membuat pesanan, saya terus menuju ke pintu keluar untuk ke arah belakang restoran. Masa itu saya bertemu dgn isteri dan anak-anak bersama ibu saya. Lega. Saya lalu meminta sedikit cash dan terus membuat pembayaran. Saya minta izin Firdaus Fitri untuk merakam foto beliau.

Anak muda Kelantan ini berjiwa besar, berhati mulia, baik hati dan yang penting dia ada skill pengurusan yang baik dalam menyelesaikan masalah. Kalau dilatih anak muda ini dia mampu menjadi seorang Pengurus yang baik. Tahniah A&W Hentian Rehat Ayer Keroh kerana memiliki seorang kakitangan yang berkualiti.

Sumber: Roslan Hassan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)