Siakap Keli
remaja berjalan kaki masjid
Gambar: YouTube Muslim Community Center

Remaja Sanggup Berjalan Kaki Tiga Jam Ke Masjid Demi Pelajari Islam

Remaja Sanggup Berjalan Kaki Tiga Jam Ke Masjid Demi Pelajari Islam

Seorang remaja berumur 14 tahun tular di media sosial selepas mendakwa berjalan kaki selama tiga jam atau bersamaan 35,000 langkah demi mempelajari agama Islam di sebuah masjid di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Dalam video yang dikongsikan oleh saluran Muslim Community Center, remaja yang dikenali Ibrahim itu telah dijemput ke hadapan oleh seorang ustaz sewaktu ceramah mingguan masjid.

Ketika ditanya mengenai Islam, remaja yang berasal dari Livermore, sebuah bandar di California memberitahu dia tertarik dengan Islam sewaktu membuat kajian mengenai hasanat (kebaikannya) dan ingin mempelajarinya di masjid berkenaan.

Gambar: YouTube Muslim Community Center

“Sekitar 35,000 hasanat (kebaikan) untuk sampai ke masjid,” jawabnya sewaktu ditanya oleh ustaz berkenaan.

Tambahnya dia telah memeluk agama Islam pada 19 Mac 2023, iaitu tiga hari sebelum menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Pengakuan Ibrahim menyentuh hati ramai jemaah termasuk ustas tersebut berdasarkan riak wajahnya. Bahkan tepukan gemuruh dan laungan takbir juga memenuhi ruang masjid itu.

Dalam perkongsiannya, Ibrahim memberitahu bahawa dia merasakan Islam merupakan satu-satunya agama yang benar.

remaja berjalan kaki masjid
Gambar: YouTube Muslim Community Center

“Saya percaya bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang masih ada di dunia, yang mengajar mengenai erti kebenaran-Nya,

“Tiga hari sebelum Ramadan, saya pergi ke masjid dan melafazkan kalimah Syahadah,” katanya.

BACA: Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu

Rapper AS peluk Islam

Sebelum ini, portal Albawaba melaporkan rapper terkenal Amerika Syarikat (AS), DJ dan penerbit muzik, Lil Jon telah memeluk Islam pada minggu pertama Ramadan.

Difahamkan, penyanyi itu melafazkan kalimah Syahadah dikhalayak ramai di Masjid Raja Fahad di Los Angeles sebelum solat Jumaat.

Momen itu sempat dirakamkan dan dimuat naik di media sosial hingga mendapat perhatian orang ramai.

Dalam klip itu memaparkan Lil Jon membaca Syahadah dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sambil dibimbing imam masjid berkenaan.

Sementara itu, Lil Jon dalam hantaran di Instagram meluahkan rasa sangat terharu berikutan beritanya memeluk Islam mendapat reaksi positif.

“Terima kasih banyak saudara dan saudari atas curahan kasih sayang dan kata-kata positif,” tulis pemilik akaun yang mempunyai pengikut melebihi sejuta itu.

Sumber: YouTube Muslim Community Center

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?