Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Maut, Tiga Cedera Kereta Dinaiki Terbabas Di Kunak

Tiga Maut
Kredit: Bernama

KUNAK, 26 Ogos (Bernama) -- Tiga individu maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 7 Jalan Kunak-Semporna di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Rejali AK Angong berkata dalam kejadian 6.03 petang itu, pemandu dan dua penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dalam kejadian itu, sebuah Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki tempatan bersama lima penumpang terdiri daripada dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak dalam perjalanan pulang dari Kalabakan menuju ke rumah mereka di Kampung Sungai Langgas di sini.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rejali berkata kemalangan itu turut menyebabkan tiga penumpang cedera dengan seorang daripadanya parah dan mereka dikejarkan ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Intipati
  • Tiga individu maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Kunak-Semporna semalam.
  • Pemandu dan dua penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan KKM.
  • Tiga penumpang cedera, termasuk seorang parah, dan dibawa ke Hospital Kunak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan