Siakap Keli

Milo® Raikan Bulan Ramadan Yang Mulia Dengan Peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan Milo® UHT”

Hadiah lumayan bernilai RM200,000 menjadi rebutan di sepanjang tempoh 8 minggu peraduan berlangsung

Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini, MILO® UHT ingin mengambil kesempatan untuk menyumbang kembali kepada para pelanggan setianya melalui peraduan  “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT”, yang akan dilangsungkan di seluruh negara. Peraduan yang akan bermula dari 4 April 2022 hingga 29 Mei 2022 ini menawarkan pelbagai hadiah menarik, termasuk duit raya, dengan nilai keseluruhannya mencecah RM200,000. Antara hadiah yang menanti bakal pemenangnya termasuklah peti sejuk Samsung 620L 2-Pintu, Mesin Basuh Pengering Samsung dengan teknologi AI Ecobubble dan TV Pintar Samsung UHD 43’.

Peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT” dibuka kepada semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan memiliki dokumen pengenalan yang sah. Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertainya:

Langkah 1: Beli mana-mana produk MILO® UHT yang terlibat (MILO® UHT 125ml, 200ml, 1L dan MILO® UHT Nutri Pluz 200ml) dengan nilai minimum RM6 dalam satu resit tunggal sama ada melalui mana-mana platform e-dagang atau kedai-kedai yang terlibat.

Langkah 2:  Catat nama penuh dan nombor dokumen pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan melalui WhatsApp ke talian 018 388 2455.

Selain kebaikan susu sebagai sumber protein dan kalsium, koko memberi keenakkan rasa coklat serta barli malt sebagai sumber tenaga, MILO UHT juga membekalkan Vitamin B2 yang bertindak melepaskan tenaga daripada makanan yang kita ambil. Ia menjadikan minuman ini sebagai pelengkap yang ideal kepada pengambilan makanan seimbang untuk seisi keluarga.

“Disediakan dalam bentuk sedia-untuk-diminum, MILO UHT memudahkan orang ramai untuk memperoleh tenaga di mana jua mereka berada. Lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini, ia begitu sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa oleh para pengguna Muslim kami, terutamanya mereka yang sentiasa sibuk dan bergerak ke sana sini,” kata April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Katanya lagi, “dalam tempoh setahun ini, rakyat Malaysia telah mengharungi pelbagai musibah, terutamanya cabaran yang dibawakan oleh pandemik. Apabila banjir melanda pula, ramai yang terjejas teruk dan kehilangan harta benda yang tidak terkira. Berbekalkan semangat Ramadan, peraduan “Raya Ria Bersama Kebaikan MILO® UHT” ini adalah sumbangan kecil kami untuk membantu mereka yang terjejas bangkit semula.”

Untuk maklumat lanjut berhubung peraduan ini, sila layari www.milo.com.my

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa