KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026 – Sekeping gambar penuh warna, ucapan mesra, atau mesej ringkas “Selamat Pagi” yang kita terima setiap hari mungkin mudah saja diabaikan sewaktu sibuk. Tapi bagi insan yang menghantarnya, ingatan kecil itu membawa makna yang cukup mendalam. Sempena Deepavali ini, MR D.I.Y. Group Berhad (“MR D.I.Y.”) menyelami makna di sebalik ucapan harian menerusi filem web perayaan terbaharu mereka, “Two Blue Ticks”.
Filem ini menceritakan kisah Kavya, seorang gadis muda yang selalu hilang sabar dengan mesej harian daripada neneknya yang mesra dipanggil Paati. Bagi Kavya, mesej-mesej itu cuma gambar berantai yang diulang-ulang. Tapi bagi Paati, setiap ucapan adalah caranya untuk memberitahu bahawa insan tersayang sentiasa ada dalam ingatan dan dikasihi.
Persiapan Deepavali keluarga itu bertukar apabila satu kejadian luar jangkaan menimpa Devi, sahabat baik Paati. Kejadian itu membuka mata Kavya untuk melihat mesej harian Paati dari sudut berbeza. Daripada kisah santai tentang jurang generasi, ia bertukar menjadi sebuah penceritaan yang menyentuh hati tentang cara halus insan tersayang saling mengambil berat antara satu sama lain.
Mengambil ikhtibar daripada kebiasaan yang dekat di hati kebanyakan keluarga di Malaysia, Two Blue Ticks mengajak kita semua untuk berhenti sejenak, menghargai keprihatinan di sebalik sekeping mesej - dan meluangkan masa untuk membalasnya.
Alex Goh, Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y. Group (M) Berhad berkata, “Deepavali merupakan masa untuk berkumpul bersama keluarga dan insan tersayang, di samping menghargai setiap perhatian kecil yang mengeratkan hubungan sepanjang tahun. Ucapan selamat pagi yang dihantar setiap hari mungkin dianggap sebagai perkara biasa, namun di sebaliknya tersirat tanda ingatan dan keprihatinan seseorang, seolah-olah bertanya, ‘Saya ingat akan anda. Adakah anda baik-baik sahaja?’ Menerusi Two Blue Ticks, kami berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh insan tersayang dan membalasnya dengan penuh kasih sayang.”
“Walaupun kemajuan teknologi memudahkan kita untuk terus berhubung, hubungan yang bermakna tetap memerlukan masa dan perhatian. Ada kalanya, hanya dengan membalas satu mesej ringkas, kita mampu membuatkan seseorang berasa disayangi, diingati dan dihargai,” tambah beliau.
Raikan Deepavali Lebih Mudah Dan Lebih Bernilai

Raikan Pesta Cahaya bersama pelbagai pilihan hiasan Deepavali yang berpatutan daripada MR D.I.Y., membolehkan persiapan perayaan dilakukan dengan mudah dan lengkap di bawah satu bumbung.
MR D.I.Y. turut membantu rakyat Malaysia membuat persiapan Deepavali dengan menawarkan pelbagai hiasan serta barangan keperluan perayaan yang berpatutan di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan urusan memperkemas kediaman bagi menyambut kepulangan yang tersayang.
Berpegang teguh pada janji “Always Low Prices”, pilihan barangan yang ditawarkan merangkumi aksesori hiasan dinding bermula daripada RM1.90, perhiasan malai tiruan daripada RM3.30, kotak hadiah perayaan daripada RM1.30, serta barang kemas daripada RM0.90.
Dengan lebih 1,500 cawangan di seluruh negara serta kemudahan belian dalam talian, MR D.I.Y. membolehkan setiap keluarga membawa pulang suasana perayaan dengan lebih mudah dan menjimatkan.
Two Blue Ticks kini boleh ditonton menerusi saluran media sosial rasmi MR D.I.Y. Malaysia, termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube. Filem pendek itu turut mendapat sambutan positif daripada penonton apabila berjaya melepasi 1 juta tontonan di saluran media sosialnya dalam tempoh lebih 24 jam selepas dilancarkan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. Malaysia atau ikuti MR D.I.Y. di Facebook, Instagram, TikTok, X dan Xiao Hong Shu.
