Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MR D.I.Y. Angkat Makna Kasih Sayang Di Sebalik Mesej Harian Menerusi ‘Two Blue Ticks’

MR D.I.Y. Group (M) Berhad mengetengahkan kepentingan menghargai perhatian insan tersayang menerusi filem web perayaan terbaharunya, “Two Blue Ticks”, sempena sambutan Deepavali.

Filem itu mengisahkan Kavya, seorang gadis muda yang sering hilang sabar menerima mesej harian daripada neneknya yang mesra dipanggil Paati.

Bagi Kavya, mesej berkenaan sekadar gambar berantai yang berulang, namun bagi Paati, setiap ucapan merupakan cara untuk menunjukkan ingatan dan kasih sayang terhadap keluarga.

MR D.I.Y. dalam kenyataan bertarikh 29 Oktober memaklumkan perspektif Kavya mula berubah selepas satu kejadian tidak dijangka menimpa Devi, sahabat baik Paati, ketika keluarganya membuat persiapan Deepavali.

Kisah yang bermula dengan perbezaan pandangan antara generasi itu kemudian membawa penonton menyelami makna keprihatinan di sebalik ucapan harian yang mudah terlepas pandang.

Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y. Group (M) Berhad Alex Goh berkata Deepavali merupakan masa untuk berkumpul bersama keluarga serta menghargai perhatian kecil yang mengeratkan hubungan sepanjang tahun.

“Ucapan selamat pagi yang dihantar setiap hari mungkin dianggap sebagai perkara biasa, namun di sebaliknya tersirat tanda ingatan dan keprihatinan seseorang, seolah-olah bertanya, ‘Saya ingat akan anda. Adakah anda baik-baik sahaja?’

“Menerusi Two Blue Ticks, kami berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh insan tersayang dan membalasnya dengan penuh kasih sayang,” katanya dalam kenyataan itu.

Goh berkata walaupun kemajuan teknologi memudahkan komunikasi, hubungan yang bermakna tetap memerlukan masa dan perhatian.

“Ada kalanya, hanya dengan membalas satu mesej ringkas, kita mampu membuatkan seseorang berasa disayangi, diingati dan dihargai,” katanya.

Menurut syarikat itu, “Two Blue Ticks” mencatat lebih sejuta tontonan di saluran media sosialnya dalam tempoh lebih 24 jam selepas dilancarkan.

Filem berkenaan boleh ditonton menerusi saluran rasmi MR D.I.Y. Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Sementara itu, MR D.I.Y. turut menawarkan pelbagai hiasan dan barangan keperluan Deepavali bagi memudahkan persiapan perayaan.

Antara pilihan yang ditawarkan ialah aksesori hiasan dinding bermula RM1.90, perhiasan malai tiruan daripada RM3.30, kotak hadiah perayaan daripada RM1.30 serta barang kemas daripada RM0.90.

Kumpulan itu mempunyai lebih 1,500 cawangan di seluruh negara menerusi tiga jenama utamanya, MR D.I.Y., MR. DOLLAR dan MR. TOY, selain menyediakan kemudahan pembelian dalam talian.