Siakap Keli

UNM Perkukuh Ikatan Dengan SAS Malaysia Bagi Menyokong Agenda Negara Melahirkan Lebih Ramai Pakar Data Di Tempat Kerja

Selangor, 8 April 2022 – Industri teknologi kini menggegar dunia dengan mata wang kripto, kecerdasan buatan (AI), NFT (non-fungible tokens) atau token digital, dan data raya. Perlu ditekankan bahawa dalam dunia masa kini, ilmu digital bukan lagi satu pilihan malah keperluan. Dengan semakin banyak syarikat menerima pakai pendekatan bekerja dari rumah, terdapat keperluan untuk seseorang pekerja itu mengendalikan komputer dengan cekap, tanpa mengira bidang pengkhususan mereka. Tambahan lagi, majikan kini juga memerlukan pekerja yang berkemahiran lebih khusus, seperti analitik data.

Bagi menyokong usaha ini, University of Nottingham Malaysia (UNM), menerusi Pusat Pengajian Perniagaan Nottingham University (NUBS), kini mengukuhkan hubungannya dengan SAS Institute Malaysia, sebuah penyedia penyelesaian analitik data, untuk merapatkan jurang digital yang wujud disebabkan kekurangan pakar data di Malaysia.

Menurut Provos dan CEO Interim di UNM, Profesor Sarah Metcalfe, kerjasama ini adalah sangat menarik. Beliau menambah, “UNM dan SAS telah bekerjasama selama hampir 16 tahun. Kerjasama kami pada hari ini adalah usaha membina masa depan digital yang lebih canggih.

Ianya adalah sejajar dengan misi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mengukuhkan pembelajaran berasaskan digital, bagi melahirkan pelopor masa depan. Kami berharap dapat melahirkan graduan berdaya saing, yang boleh meningkatkan inovasi dan pembangunan Malaysia.”

Kini, pembelajaran berasaskan digital di bilik kuliah penting untuk mempersiapkan pelajar sebelum memasuki pasaran kerja yang lebih kompetitif. Pihak industri menganggap seseorang kakitangan itu berharga sekiranya boleh menganalisis and mentafsir data dengan cekap dan berkesan.

Pengarah Urusan SAS Institute Malaysia, Cheam Inn Tat, berkata, “Memandangkan permintaan bagi bakat berkemahiran analitik semakin meningkat di Malaysia, kami menyedari kepentingan untuk merapatkan jurang dalam bilangan bakat yang diperlukan.”

Cheam menambah, “Syarikat-syarikat di semua sektor, termasuk kewangan dan kerajaan memerlukan pakar-pakar analitik di fasa pengalihan kepada pendigitalan. SAS komited untuk mengembangkan bakat pakar analitik generasi masa depan dan menghubungkan majikan dengan bakat yang diperlukan mereka.”

Analitik data kini berkembang maju dan menjadi aset di dalam pelbagai industri walaupun masih ramai yang percaya bahawa analisis data hanya penting kepada industri teknologi. Dalam perniagaan contohnya, analitik data dapat membantu syarikat mengoptimumkan prestasi dengan meneliti trend operasi bagi menilai risiko dan meramal isu yang bakal timbul. Pada asasnya, keupayaan mentafsir data dapat membantu syarikat-syarikat membuat keputusan berasaskan data yang ada untuk maju di pasaran mereka. Hakikat bahawa terdapat kekurangan bakat yang mampu melakukannya membuktikan nilai kemahiran ini.

“Kami teruja dengan kerjasama kami bersama UNM dan yakin para graduan akan memiliki kelebihan daya saing yang kukuh dengan pensijilan SAS,” ujar Cheam.

Menerusi kerjasama ini, University of Nottingham Malaysia (UNM) juga akan mendapat akses kepada Program Pengkhususan Akademik Bersama SAS Institute Malaysia bagi program program yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Perniagaan Nottingham University (NUBS) termasuk Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kewangan, Perakaunan dan Pengurusan, dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi Perniagaan dan Kewangan.

Pengkhususan Akademik Bersama ni akan memberi peluang kepada para pelajar dan pendidik mendapatkan pendedahan kepada penyelesaian SAS untuk pengalaman pendidikan yang lebih menarik.

Untuk pertanyaan media sila hubungi: Josephine Dionisappu, Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi, University of Nottingham Malaysia di [email protected]

Nota kepada Pengarang: University of Nottingham ialah sebuah universiti bertumpukan penyelidikan dengan warisan yang dibanggakan. Pengajian di University of Nottingham ialah pengalaman yang mengubah kehidupan dan kami berbangga untuk memastikan para pelajar kami menyerlahkan potensi penuh mereka.

Kami mendukung semangat perintis, yang dizahirkan menerusi wawasan pengasas kami Sir Jesse Boot. Kami telah merintis jalan untuk membuka kampus di China dan Malaysia – sebagai sebahagian daripada rangkaian pendidikan, penyelidikan dan libat urus perindustrian yang terhubung secara global.

Berada di tangga ke-103 daripada 1,000 institusi di peringkat global dan tempat ke-18 di UK berasaskan penarafan QS World University Rankings 2022, kemudahan terkini Universiti dan kemudahan sukan inklusif untuk orang kurang upaya terbukti cemerlang selepas dinobatkan sebagai Universiti Sukan Terbaik 2021 di bawah Panduan Universiti Terbaik Times dan Sunday Times. Kami berada di tangga kelapan dari segi keupayaan penyelidikan di UK menurut REF 2014.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.