Siakap Keli

Viral Perbualan Getir Juruterbang Air France, Pesawat Alami Masalah Teknikal & ‘Sukar Dikawal’ Ketika Mendarat

Rakaman perbualan detik cemas antara juruterbang pesawat Boeing 777 Air France dalam perjalanan dari New York dengan pegawai pusat kawalan trafik udara (ATC) menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Difahamkan, juruterbang berkenaan dilapor berdepan dengan situasi getir di mana pesawat yang dikendalikannya dipercayai mengalami masalah teknikal dan sukar dikawal hingga ketika mahu mendarat di Paris.

Menerusi rakaman perbualan juruterbang Air France yang dikongsikan itu, salah seorang juruterbang kedengaran tercungap-cungap ketika berhubung dengan ATC sementara bunyi penggera kecemasan dalam pesawat dapat didengari dengan jelas.

“Hentikan, hentikan,” suara cemas salah seorang juruterbang yang sedang berkomunikasi dengan rakannya.

BACA: Pesawat Kargo DHL Alami Masalah Hidraulik Terbabas Ketika Mendarat Cemas, Ekor Pesawat ‘Patah’

Pengawal trafik udara kemudian menyedari pesawat tersebut telah menuju ke arah kiri daripada landasan sebenar dan mengarahkan juruterbang untuk membatalkan rutin mendarat dengan segera.

“Saya akan menghubungi anda kembali,” kata juruterbang Boeing 777 pesawat France Airline kepada petugas ATC.

Selepas beberapa saat, juruterbang tersebut memberitahu ATC bahawa beliau berjaya menstabilkan pesawat tetapi terpaksa melakukan pusingan go-around selepas mendapati pesawat berkenaan tidak memberikan tindak balas yang sepatutnya.

Bagaimanapun, difahamkan pesawat dengan kod penerbangan AF011 itu akhirnya berjaya mendarat dengan selamat. Penumpang dan kru tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam satu laporan, Biro Penyelidikan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Sipil (BEA) memaklumkan bahawa pesawat tersebut mengalami masalah kawalan penerbangan ketika menghampiri landasan untuk mendarat dan terpaksa melakukan ‘go-around’ sebelum mendarat dengan selamat.

Bagaimanapun, BEA kini sedang melakukan siasatan terperinci dan menyifatkan insiden berkenaan sebagai sangat serius.

Anda boleh tonton video di bawah.

Sumber: News Yahoo

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.