Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sekumpulan anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadam kebakaran selepas sebuah pesawat kargo jenis Boeing 757 milik DHL terbabas dan terkeluar dari landasan di Lapangan Terbang Juan Santamaria.
Insiden berkenaan dilapor berlaku ketika pesawat kargo DHL berkenaan melakukan pendaratan kecemasan dan akibat daripada kejadian itu ekor pesawat telah patah dan hampir terpisah dari badan pesawat.
Kejadian berlaku sekitar jam 4.25 petang waktu tempatan. Dalam satu laporan ringkas daripada Costa Rica Aviation memaklumkan bahawa pesawat terbabit mengalami masalah hidraulik.
Menurut petugas kesihatan, Guido Vasquez dua juruterbang dihantar segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Walau bagaimanapun kedua-dua juruterbang dilaporkan dalam keadaan baik.
“Juruterbang alami gegaran namun masih sedarkan diri dan ingat segala apa yang terjadi,” tambah Vasquez lagi.

Sumber: Costa Rica Aviation