Siakap Keli
bunga saffron
Gambar: Facebook Naz Lifestyle

Fakta Bunga Saffron, Dipercayai Sumber Rempah Termahal Di Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bunga saffron biasanya ditemui dalam mana-mana resipi makanan masakan Arab, selalunya dijadikan sebagai rempah pilihan utama.

Terdapat pebagai jenis pokok bunga yang memberikan pelbagai manfaat kepada manusia, misalnya lavender. Antara kelebihannya adalah menjadi bahan dalam pembuatan minyak wangi.

Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan pokok bunga saffron ataupun nama saintifiknya “Crocus sativus”. 

Percaya atau tidak, bunga saffron ini boleh dikatakan amat bernilai tinggi kerana ia boleh diproses menjadi rempah antara yang termahal di dunia.

Kenapa nilainya begitu tinggi? Adakah disebabkan proses tumbuh, menjaga dan memetiknya begitu renyah dan ‘complicated‘?

Jika hendak tahu lebih lanjut, marilah sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik daripada warga Malaysia-Myanmar yang tinggal di USA, Naz Lifestyle.

Fakta Bunga Saffron, Dipercayai Sumber Rempah Termahal Di Dunia

Gambar Facebook Naz Lifestyle

Saffron dari mana?

Fakta pokok bunga saffron (Crocus sativus)

Saffron adalah rempah yang berasal dari bunga Crocus sativus, pokok ni biasanya dikenali sebagai pokok “crocus”. Stigma dan crimson yang terang, stigmanya dikumpulkan dan dikeringkan untuk digunakan sebagai bahan perasa dan pewarna dalam makanan.

Saffron telah lama menjadi rempah yang paling mahal di dunia mengikut berat.

Yang special, pokok crocus ni memerlukan musim sejuk yang sejuk untuk mekar dengan betul. Saffron hanya boleh dipetik menggunakan tangan (hand-picked) dan hanya dapat kumpul 3 stigma sahaja dalam sekuntum bunga.

Kira-kira 50 hingga 60 bunga crocuses hanya akan menghasilkan kira-kira 1 sudu besar sahaja. Jadi tidak hairanlah dikenali sebagai “red gold”.

Biasanya ubi (bulbs) pokok crocus ni orang akan tanam di musim luruh (autumn) apabila suhu tanah di bawah 60•f (16•c) pada bulan September-October di North America dan Canada, dan October atau November di South America.

Ditanam dalam jenis iklim kering, sederhana tetapi tidak dalam jenis iklim tropika.

Ia akan mengeluarkan bunga di awal musim bunga (early spring) setelah kehabisan musim sejuk. Bunganya tahan hingga 3 minggu.

Tahun ni lambat pula nak tumbuh depan rumah ni. Yang bestnye tak perlu jaga dan naz tak pernah siram sekalipon. Biasa selepas petik stigma saffron dari bunga tu, petik sekali kuntum bunganya kemudian, dikeringkan dan dijadikan teh. Tapi naz tak petik sebab area rumah naz ada rabbit hutan liar. Haha 

Gambar Facebook Naz Lifestyle
Gambar Facebook Naz Lifestyle
Gambar Facebook Naz Lifestyle
Gambar Facebook Naz Lifestyle
Gambar Facebook Naz Lifestyle

Sumber: Facebook Naz lifestyle, Youtube Naz Lifestyle di USA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?