Siakap Keli
lelaki maut dirempuh lori
Gambar: JBPM via AWANI

Lelaki Maut Dirempuh, Digilis Lori Pagi Tadi

Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah lori dalam satu kejadian di Perak awal pagi tadi, lapor AWANI.

Memetik AWANI, nahas ngeri tersebut dilapor berlaku di Kilometer 281 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sana.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pada awalnya panggilan mengenai kemalangan tersebut diterima mereka pada 4:31 pagi tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, sebuah lori dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Yamaha LC,” katanya, memetik AWANI.

Menurut AWANI, akibat kemalangan tersebut, mangsa, Mazaitul Hafiszan Ma’an, 38, dilapor tercampak di tengah jalan sebelum dipercayai digilis oleh lori yang sama.

Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan bahawa mangsa tersebut telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu menurut jurucakap JBPM tersebut, setibanya jentera bomba di lokasi kejadian, lori berkenaan dipercayai telah tiada di situ.

Justeru, lokasi kejadian ‘dibersihkan’ pihak bomba sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut AWANI lagi, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, R. Mathavan itu tamat kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Sumber: AWANI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'