Siakap Keli
pengantin
Gambar Via Liputan6

Tengah Sibuk Akad Nikah, Lelaki Ini Dilapor Selamba Curi Wang Hantaran Milik Pengantin

India – Perkahwinan merupakan satu detik istimewa buat pasangan pengantin dan disambut dengan sangat meriah.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu kejadian di India yang memperlihatkan seorang lelaki mencuri wang di jambangan bunga pengantin.

Memetik laporan Liputan6, lelaki itu dirakam mengambil satu persatu wang kertas yang tersangkut pada jambangan bunga itu.

Tindakannya itu agak berani kerana dia sebenarnya duduk di sebelah pengantin lelaki.

Menerusi video yang tular, pengantin lelaki yang memakai kopiah putih dilihat sedang fokus mengikuti proses pernikahan.

Ia dikatakan menjadi peluang keemasan untuk pencuri itu menjalankan ‘kerjanya’ dengan mengambil wang dalam jambangan bunga itu.

Walaupun pergerakannya disedari oleh pengantin lelaki, pencuri itu tetap nekad untuk mengambil beberapa keping wang dari jambangan bunga tersebut.

Video itu telah menjadi perhatian netizen, rata-rata dari mereka mengecam tindakan tersebut. Tetapi ada juga yang menganggap bahawa ia merupakan satu adegan yang lucu.

“Tiada siapa yang sepatutnya mempunyai kawan seperti itu dalam hidup,” tulis seorang netizen.

Sehingga kini, video tersebut dilaporkan telah ditonton sebanyak 40 juta kali.

BACA: (Video) Pengantin Sampai Nak Terjatuh, Angkat Jambangan Wang Hantaran Berjumlah RM20,000

Sumber: Liputan6

Sofea

There's always another side to every story