Siakap Keli
pembedahan k-pop
Gambar: Oddity Central

Lelaki Nekad Ubah Muka Ala-ala Artis K-Pop Lepas Kemalangan, Terus Dapat ‘Job’ Jadi Model

Seorang lelaki warga Vietnam tular di media sosial selepas membuat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti bintang K-Pop.

Transformasi lelaki yang dikenali sebagai Tran Dang Phuoc Cuong ini bermula selepas dia terlibat dalam sebuah kemalangan tragis.

Kemalangan tersebut telah mengorbankan ayahnya, sementara sang ibu terpaksa bertarung nyawa di hospital.

Lelaki itu kemudiannya meninggalkan Vietnam dan melanjutkan pelajarannya di China dalam bidang bahasa Cina ketika berusia 17 tahun.

Cuong turut cuba mencari kerja sambilan sebelum menyedari bahawa penampilannya menjadi penghalang.

Hal ini telah mendorong Cuong untuk mengubah penampilannya secara drastik melalui prosedur pembedahan plastik.

Dia mula menyimpan wang untuk pembedahan bagi memperoleh wajah impiannya seakan-akan selebriti K-Pop dengan bekerja sebagai seorang pelayan restoran.

Pada tahun 2011, Cuong menjalani pembedahan plastik pertama iaitu prosedur rhinoplasty untuk mengecilkan saiz hidung.

Enam bulan kemudian, dia sekali lagi melakukan pembedahan untuk memanjangkan bahagian hujung hidungnya.

Selepas menjalani prosedur ini, Cuong tampil lebih yakin dengan melamar pekerjaan sebagai model gambar dan mula merancang prosedur kosmetik seterusnya.

Dalam masa beberapa tahun, lelaki asal Vietnam ini mula mengubah bentuk bibir, dagu dan membentuk semula hidungnya sehingga wajahnya sukar dicam individu yang mengenalinya sebelum ini.

pembedahan k-pop
Gambar: Oddity Central

Cuong turut menjalani pembedahan kosmetik selama 12 jam untuk menurunkan tulang pipi serta memotong tulang rahangnya.

“Ramai yang beranggapan bahawa pembedahan plastik boleh buat anda ‘ketagih’.

“Tetapi hakikatnya, tiada siapa yang ‘ketagih’ akan kesakitan.

“Lebih daripada sekali saya terfikir untuk berputus asa di meja pembedahan,” katanya.

Cuong yang kini berusia 29 tahun sering berulang-alik ke negara asalnya, Vietnam untuk mengendalikan beberapa perniagaan, sementara dia bekerja di Shanghai sebagai model.

Sumber: Oddity Central

Eyla Azri