Kuala Lumpur, 12 April 2022 – Menjelang sambutan Aidilfitri, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) secara kolektif telah melancarkan tema bersepadunya, ‘Riuh Ria Raya’.
Mempersembahkan unsur-unsur tradisional dan kontemporari untuk sambutan yang gilang, Sunway Malls telah berganding bahu dengan artis-artis tanah air yang berbakat seperti Abdul Rashade, Izzati Shahrin, Haziq Izmi, Dato’ Tom Abang Saufi, termasuk GOLD (Generating Opportunities for Learning Disables) dan Komuniti Tukang Jahit untuk berkongsi keihsanan dengan warga komuniti.
Sambutan di Sunway Putra Mall dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, H.C Chan disusuli dengan para wakil pusat-pusat beli-belah Sunway menekan satu butang untuk mencahayakan ornamen bulan dan bintang simbolik sebagai pelancaran rasmi kempen tersebut, lalu ia disimpulkan dengan persembahan tarian kontemporari moden oleh Zeppo Youngsterz dan Caklempong.
Wakil-wakil dari Sunway Malls terdiri daripada H.C Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks; Danny Lee, Pengurus Besar Sunway Putra Mall; Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid; Loo Hoey Theen, Pengurus Besar, Pemasaran & Timbalan Ketua – Inovasi Perniagaan, Pusat Kecemerlangan Sunway Malls; Phang Sau Lian, Pengurus Besar Kanan Sunway Velocity Mall; Chai Wen Yew, Pengurus Besar Sunway Carnival; Albert Cheok, Pengurus Pusat Sunway Giza Mall; dan Allan Tay, Penolong Pengurus Besar Sunway Big Box dan Sunway Citrine Hub.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan misalnya di sudut seni wajah digital dan pengalaman realiti terimbuh (AR) untuk warga media berinteraksi.
“Selepas 2 tahun terpendam, rakyat Malaysia bakal menyambut ketibaan Hari Raya dengan sepenuh hati mereka. Ia menandakan sebuah detik yang bermakna; detik yang amat dinanti-nantikan dan pastinya akan diserikan dengan sambutan yang begitu meriah.
“Inilah harapan Sunway Malls menerusi kempen Riuh Ria Raya – menjanjikan sambutan gamat yang sinonim dengan rakyat Malaysia,” sebut H.C Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks.
Tema ‘Riuh Ria Raya’ tahun ini diharapkan dapat menyuntik semula semangat Hari Raya buat para pembeli-belah yang juga akan mengambil peluang untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing menjelang Aidilfitri nanti. Di samping rumah-rumah kampung tradisional yang diberi sentuhan moden, Sunway Malls juga memilih untuk mempamerkan bakat para artis, pereka dan usahawan tanah air menerusi ruang-ruang khasnya.
Sunway Malls telah menjalin kolaborasi dengan artis grafiti kelahiran Pulau Pinang, Abdulrashade yang terkenal dengan gaya penghurufan luar biasanya, termasuk seni abstrak dan komposisi bersaiz besar – yang dapat dilihat menerusi karya artis ini di sekitar dataran pusat beli-belah Sunway.
Kesemua pusat beli-belah Sunway mempersembahkan karya-karya khas yang menampilkan jenis bunga-bungaan mekar yang berlainan, melambangkan sebuah permulaan baharu, manakala warna-warna dan calitan menonjol yang dapat dilihat pada karya tersebut pula menjadi simbol kepada kehidupan dan kecekalan.
Selain memanfaatkan karya seni mereka sebagai dekor Raya Sunway Malls, ia turut digunakan untuk merias kulit sampul duit raya pusat-pusat beli-belah berkenaan, di samping mempamerkannya pada tubuh jentera Peugeot 2008 baharu, yang berfungsi untuk membekalkan pengalaman realiti terimbuh (AR) serba interaktif buat para pengunjung.
Saksikan karya-karya yang menawan ini di Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Sunway Putra dan Sunway Big Box sekitar kawasan Main Atrium, Ground Floor. Pembeli-belah boleh mengimbas kod QR unik yang disediakan dan menghalakan kamera telefon bimbit mereka ke arah kereta tersebut lalu mereka dapat melihat bagaimana karya tersebut “disuntik nafas” – pengalaman yang diamati ini juga boleh dikongsikan di media sosial dengan titipan tanda pagar #RiuhRiaRaya dan #Peugeot.Malaysia.
Sejajar dengan inisiatif Pusat Beli-Belah Mesra Autisme, Autsome, Sunway Putra Mall juga telah berkolaborasi dengan dua artis autistik yang berbakat dari NAKSENI, Izzati Shahrin dan Haziq Izmi untuk menghasilkan tujuh mural unik yang diilhamkan oleh Flora dan Fauna. Setiap gubahan hadir dengan pesonanya yang tersendiri mengikut perspektif dan inspirasi artis-artis tersebut.
Karya-karya seni yang digubah menggunakan tangan ini dijadikan sebahagian daripada dekor Sunway Putra Mall dan para pengunjung boleh menemuinya di sekitar pusat beli-belah ini.
Sunway Malls turut berkolaborasi dengan seorang pereka tempatan yang tersohor, Dato’ Tom Abang Saufi untuk menghasilkan pelitup muka fabrik secara khas yang pembeli-belah dapat tebus apabila mereka berbelanja di Sunway Velocity, Sunway Carnival, Sunway Big Box atau membeli-belah menerusi laman sesawang Sunway eMall.
Selain itu, di setiap pusat beli-belah pengunjung boleh mendapatkan pelbagai keperluan Raya mereka yang disediakan oleh para pereka dan usahawan tempatan seperti Salikin Sidek, Variante, PenanLab, MyHijab, 90’s Snacky, FAMA Agrocraft dan banyak lagi.
Oleh kerana usaha-usaha kebajikan juga dekat dengan hati kami, Sunway Malls telah membekalkan sokongan kepada GOLD (Generating Opportunities for Learning Disables) dan Komuniti Tukang Jahit untuk berkongsi keihsanan dengan warga komuniti sempena Raya ini menerusi pembelian biskut Raya dan fabrik ketupat besar untuk diberikan kepada tetamu mereka.
Sunway eMall – Dari dalam talian ke luar talian
Buat julung kali, Sunway eMall, portal membeli-belah dalam talian bagi ketujuh-tujuh pusat beli-belah Sunway akan menandangi Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall dan Sunway Putra Mall secara fizikal di ruang khas yang disediakan.
Sempat dilancarkan untuk kempen Raya ini, pembeli-belah boleh melayar, mengimbas, dan membeli-belah di dataran tersebut serta membawa pulang hadiah tambahan bagi setiap pembelian yang dibuat di ruang berkenaan. Pelbagai barangan dalam segmen Kecantikan, Fesyen, Peralatan Rumah, dan Kediaman terdapat di Sunway eMall melalui ruang ini. Pembeli-belah boleh menggabungkan pesanan mereka dan ia turut didatangkan dengan khidmat penghantaran percuma, di samping memilih dan memadan barangan yang dapat ditebus.
Pelanggan yang berbelanja di pusat-pusat beli-belah tersebut secara fizikal layak menebus baucar bernilai sehingga RM80 untuk digunakan di Sunway eMall.
Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan boleh menggunakan kod promo khas seperti RIA25 untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM25 bagi pembelian mereka dengan perbelanjaan minimum berjumlah RM150; RIA100 untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM100 bagi pembelian mereka dengan perbelanjaan minimum berjumlah RM500, serta RIA150 untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM150 bagi pembelian mereka dengan perbelanjaan minimum berjumlah RM800 – dan semua ini ditawarkan bersama penghantaran percuma.
Saksikan video inisiatif Riuh Ria Raya oleh Sunway Malls di YouTube atau klik di sini untuk menontonnya, dan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Riuh Ria Raya’, sila layari https://www.sunwaymalls.com/riuh-ria-raya/
Ayuh kita raikan bersama!
Setiap pusat beli-belah Sunway hadir dengan tema uniknya sendiri jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung dan menikmati pelbagai acara serta aktiviti yang disajikan sempena musim lebaran ini, termasuk penebusan barangan eksklusif serta hadiah-hadiah menarik yang sedia untuk dimenangi. Tidak lupa juga bahawa langkah keselamatan yang bertepatan sentiasa digunapakai dan ia mencakupi prosedur penjarakan sosial serta pensanitasian oleh setiap pusat beli-belah untuk membekalkan persekitaran yang selamat dan bersih buat para pengunjung.
Sunway Pyramid
Sunway Pyramid telah mentransformasikan LG2 Orange Concourse dengan suasana perkampungan yang indah terletak di tengah-tengah dataran pusat beli-belahnya, ia hadir dengan pelbagai warna yang cerah dalam rona merah jambu, firus, biru dan kuning untuk membangkitkan keterujaan, keseronokan, dan semangat perayaan. Flora dan fauna juga menghiasi dataran ini dengan tema warna yang sama, menambah lagi seri atmosfera perkarangan ini.
Untuk menambah kemeriahan, pembeli-belah yang berbelanja di pusat beli-belah ini semasa kempen tersebut berlangsung layak untuk menebus satu set sampul Raya, e-baucar Sunway eMall bernilai RM50 atau Mangkuk 2 Tingkat edisi terhad oleh The Tiffin Company.
Apa yang menjadikan musim Raya lebih mengujakan ialah aneka busana yang kita akan kenakan, dan apa kata tahun ini anda memperagakannya menerusi peraduan Rakam dan Menang menggunakan kemudahan Single Take oleh Samsung? Pembeli-belah boleh mengambil gambar bersama busana mereka di booth Samsung yang terletak di dataran tersebut lalu mengongsikannya di media sosial dengan titipan tanda pagar #RiuhKatPyramid, #RiuhRiaRaya serta #GalaxyS22 untuk berpeluang memenangi sebuah telefon pintar daripada siri Samsung Galaxy S22.
Sunway Velocity Mall
Rumah kampung Sunway Velocity Mall yang indah dihiasi dengan bunga-bunga Anthurium yang digubah oleh Abdulrashade, dan ia melambangkan kebahagiaan dan kelimpahan rezeki. Diwarnakan dengan rona-rona pastel yang cerah, seluruh atrium pusat beli-belah ini membangkitkan suasana perayaan serta memperkayakan lagi atmosferanya.
Selain mengamati aneka dekorasi yang mempesonakan, pembeli-belah juga boleh mengambil peluang untuk bergambar menerusi Samsung Single Take Shot di Main Atrium ketika membeli-belah di Sunway Velocity Mall! Menggunakan gambar-gambar yang diambil ini, pembeli-belah boleh memuat naiknya di media sosial dengan menitipkan tanda pagar #RiuhRiaRaya dan #SamsungMY!
Bukan itu sahaja, pembeli-belah dapat menyaksikan seni mural yang dipampang pada jentera Peugeot 2008 baharu “diberi nafas” dengan menghalakan kamera telefon bimbit mereka padanya.
Sunway Velocity Mall turut membariskan pelbagai persembahan dan aktiviti di hujung minggu. Sebagai persiapan Raya, para pengunjung boleh membeli-belah di aneka booth yang terletak di atrium tersebut, antaranya ialah MyHijab, Wonderlab, 90’s Snacky, Coconut Shake 336, dan banyak lagi.
Turut menambah keseronokan sesi membeli-belah untuk Hari Raya, para pelanggan juga boleh menebus aneka hadiah seperti set sampul Raya Abdulrashade yang eksklusif, Baucar Raya Sunway eMall bernilai RM80, atau set mangkuk “Riuh Ria Raya” apabila mereka berbelanja di pusat beli-belah ini dari 8 April – 8 Mei 2022.
Tambahan lagi, bagi setiap penebusan yang dibuat, pembeli-belah juga layak menyertai Cabutan Bertuah secara automatik yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM15,000! Antara hadiah yang ditawarkan adalah daripada Poh Kong, Sunway Lagoon and Theme Park serta Sunway Tambun.
Tunggu, ada lagi! Sunway Velocity Mall juga mempersembahkan Bonus Hari Minggu Istimewa! Pembeli-belah yang membuat penebusan pada hari minggu juga akan menerima baucar tunai tambahan!
Sunway Putra Mall
Sempena musim lebaran yang bakal tiba, pembeli-belah bakal disambut dengan sebuah rumah kampung tradisional yang menawan, dikelilingi dengan pokok palma dalam warna-warna pop, termasuk pondok berhias, lampu minyak dan mentol cahaya berwarna-warni di sekitar dataran utama Sunway Putra Mall di aras Ground Floor.
Pusat beli-belah mesra autisme ini turut mengambil peluang untuk berkolaborasi dengan dua artis autistik yang berbakat, iaitu Izzati Shahrin dan Haziq Izmi dari NAKSENI yang dikenali atas karya seni mereka yang unik. Karya mereka yang digubah dengan tangan diilhamkan oleh unsur-unsur flora dan fauna yang memperkayakan lagi ambien seluruh pusat beli-belah ini.
Setiap gubahan hadir dengan pesonanya yang tersendiri mengikut perspektif dan inspirasi artis tersebut. Temui ketujuh-tujuh karya yang unik dan menawan ini di sekitar Sunway Putra Mall.
Pembeli-belah juga akan berpeluang untuk MEMENANGI hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM4,880 dengan berkongsi gambar mereka yang diambil bersama karya tersebut.
Bukan itu sahaja, aneka tawaran dan promosi turut menanti pembeli-belah! Pelbagai busana yang diperkenalkan oleh para pereka fesyen tanah air yang terkenal, Tom Abang Saufi, Salikin Sidek, Moon & Stella dan Variente antara lainnya menanti pembeli-belah di Bazaar Lebaran Main Concourse, East Wing (Ground Floor) serta East Wing (Level 2) di samping perniagaan tempatan lain seperti NR Cosmetics, Telekung Tea, dan banyak lagi.
Cungkil kreativiti anda menerusi sesi DIY Crafts yang akan berlangsung di Edutainment Hub (Level 4) pada hujung minggu & hari cuti umum yang terpilih sepanjang musim perayaan ini di mana anda boleh belajar melukis batik, hasilkan Wau tradisional dan banyak lagi. Turut menyuntik keterujaan, pembeli-belah akan disajikan dengan Persembahan Riang Ria berunsur tradisional dan moden seperti silat, persembahan angklung tradisional dan lain-lain pada hujung minggu dan cuti umum!
Dan pastinya, pembeli-belah juga dapat menebus set sampul Raya eksklusif, Periuk Hidangan Kaserol atau Baucar Sunway eMall bernilai RM50 serta Pelapik Cawan Bercetakan Flora dengan membuat perbelanjaan di pusat beli-belah ini.
Sunway Carnival Mall
Para pengunjung Sunway Carnival Mall akan disambut dengan karya-karya seni yang mempesonakan oleh artis grafiti, Abdulrashade sebagai dekor Raya dataran utama pusat beli-belah ini.
Dekor pusat beli-belah ini juga boleh dilihat menggabungkan motif batik dan gubahan bunga raya dengan sentuhan warna-warna pop dan kehijauan untuk mempersembahkan sesuatu yang benar-benar unik; membuahkan ambien yang menyegarkan di perkarangan rumah kampung tradisional yang didirikan di sini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersiar di dataran ini dan terokai sudut-sudut yang menarik untuk bergambar.
Tiba tepat pada masanya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, pembeli-belah dapat menemui jenama-jenama tempatan di FAMA Agrocraft Bazaar Aidilfitri bertempat di UG Floor. Terdapat banyak barangan Raya dan tawaran lain untuk menyempurnakan perayaan anda.
Anda juga boleh mendaftarkan diri untuk menyertai bengkel-bengkel interaktif di mana anda dapat belajar membuat jeli 3D, kad hadiah Raya, menghias biskut Raya dan banyak lagi, mulai 10 April 2022.
Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran penebusan Raya yang eksklusif seperti sampul Raya Abdulrashade, pelitup muka khas oleh Tom Abang Saufi dan baucar Sunway eMall dengan berbelanja di pusat beli-belah ini mulai 8 April 2022.
Sunway Big Box & Sunway Citrine Hub
Rumah kampung yang didirikan di dataran utama Sunway Big Box Retail Park hadir dengan warna-warna yang menarik dalam rona biru, jingga, dan hijau, dikelilingi dengan pokok kelapa serta bunga kertas untuk menyambut ketibaan musim lebaran.
Karya Abdulrashade dapat dilihat di dataran utama pusat beli-belah ini dan ia mengetengahkan elemen-elemen burung madu dan bunga kertas yang melambangkan kesinambungan sebuah hubungan yang rumit sifatnya, iaitu sebuah kesinambungan yang simbolik kepada kehidupan dan pertumbuhan, manakala warna dan calitan menonjol yang digunakan pula melambangkan kekuatan dan kecekalan.
Di samping itu, anda juga boleh mengunjungi Festive Bazaar di mana pelbagai pakaian dan aksesori disediakan oleh para usahawan tempatan. Pembeli-belah juga boleh menebus sampul Raya Abdulrashade yang eksklusif, Baucar Sunway eMall bernilai RM50 dan Pelitup Muka Fabrik oleh Tom Abang Saufi dengan berbelanja di pusat beli-belah ini.
Sunway Giza Mall
Sempena musim perayaan ini, Sunway Giza mengalu-alukan pembeli-belah dengan dekorasi Raya yang ceria dan gilang, menampilkan sebuah Rumah Raya dikelilingi dengan bunga orkid berwarna-warni serta kehijauan di Centre Boulevard dari 7 April hingga 20 Mei 2022.
Tema Riuh Ria Raya ingin membawakan sebuah harapan dan erti baharu sempena Aidilfitri ini. Rebut peluang untuk menikmati aneka tawaran perayaan di seluruh pusat beli-belah ini dan kunjungi Weekend Bazaar yang akan dibuka dari Jumaat hingga Ahad sepanjang tempoh kempen ini dan bersedia untuk mendapatkan barangan keperluan Raya anda!
Di samping itu, pembeli-belah juga boleh mengambil gambar di Rumah Raya yang didirikan dan memuat naiknya di platform media sosial untuk berkongsi kemeriahan Aidilfitri.
Imbas kod QR di bawah untuk Siaran Akhbar dan gambar dekor setiap
Pusat Beli-Belah Sunway.