Siakap Keli
insurans makanan di jepun
Gambar via Inf News/Google

Insurans Makanan Di Jepun: Kalau Ada Kes Tak Elok & Viral, Peniaga Itu Akan ‘Bankrupt’ – Gadis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Insurans makanan di Jepun, jika berlaku sesuatu kes yang tidak elok melibatkan makanan yang dijual dan tular, peniaga gerai tersebut berisiko akan ‘bankrupt’.

Jika kita membeli sesuatu makanan sama ada di Bazar Ramadan atau gerai-gerai yang lain, sudah pasti kita mengharapkan makanan itu sedap dan mengikut cita rasa kita.

Mana tidaknya, seharian sudah kita berpuasa, sudah pasti ketika berbuka nanti kita amat harapkan bahawa makanan yang dibeli itu sedap dan ‘melegakan’ rasa lapar.

Baru-baru ini tular kisah seorang individu yang membeli makanan di Bazar Ramadan, namun juadah tersebut dipenuhi dengan ulat. Perasaan bercampur baur antara marah, sedih dan kecewa ‘confirm’ terbit di hati.

Bagaimanapun, tidak mustahil jika situasi tersebut mungkin akan sedikit terubat sekiranya ada permohonan maaf dan tawaran ganti rugi dari penjual, bukan?

Bekongsi kisah dan pengalaman seseorang yang menetap di Jepun, Zunita Ramli, dia ceritakan situasi yang hampir sama ketika memesan pizza di sebuah restoran.

Namun ia bukanlah ulat, tapi sehelai rambut yang terselit di celahan pizza dan keju. Menariknya, pelayan dan chef di restoran tersebut berulang kali memohon maaf, kenapa ye agak-agak?

Mengupas lebih lanjut, kami kongsikan kisah beliau di bawah sebagai pengajaran. Semoga bermanfaat.

Baru-baru ni viral seorang ni terkejut bila makanan yang dia beli dekat bazaar Ramadan dipenuhi dengan ulat.

Ulat tu bukan sikit-sikit tau, merangkak-rangkak macam dekat sampah tuuu, geli. Benda ni mengingatkan saya satu kejadian, tapi tak adalah ekstrim macam tu.

Masa tu saya order pizza. Masa dah nak habis makan, saya perasan ada sehelai rambut agak panjang di celah-celah kepingan pizza dan cheese tu. Saya panggil waiter dan tunjukkan rambut. Tertunduk-tunduk la waiter tu minta maaf atas kecuaian yang berlaku.

Agak lama kepas tu, chef yang masak pizza tu keluar dan sekali lagi tertunduk-tunduk dia minta maaf pada saya. Terkejut juga, sampai chef pun keluar. Mereka tawarkan ganti rugi, samada nak pizza baru atau tak perlu bayar pizza tersebut. Saya pilih tak bayar, sebab dah kenyang dah pun masa tu.

Ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan polisi penjualanan makanan di Jepun.

Di Jepun, kalau ada kes tak elok melibatkan makanan dan viral benda tu, habis la, bankrupt kedai tu nanti. Sebab tu penjual, pengedar atau siapa saja yang terlibat dengan industri penjualan makanan di Jepun ni wajib ada insurans makanan.

Benda ni penting, sebab misal kata tiba-tiba orang yang beli makanan kita tu sakit perut ke, pengsan ke, mati ke sebab makan makanan yang kita jual tu, paling tidak, penjual tu dah terlindung dengan insurans makanan tu lah.

BACA JUGA: (Video) Nak ‘Travel’ Ke Jepun? Awas..Jangan Sekali-kali Buat 9 Perkara Terlarang Ni

Di Jepun ni juga sangat jarang kalau makanan tak habis makan kat kedai, boleh dibungkus dan dibawa balik.

Sebabnya di bawah undang-undang Jepun, restoran boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kes keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan mereka, walaupun ia berlaku di dalam rumah pelanggan.

Jadi sebab benda ni, jarang lah kedai benarkan kita bungkus makanan yang tak habis makan kat kedai.

Sesiapa yang pernah datang Jepun mungkin perasan tak semua makanan yang ditawarkan di satu-satu restoren tu, boleh dibawa balik atau “take away”. Kadang-kadang tu dalam 10 menu yang ditawarkan, satu je boleh “take away” atau mungkin tak ada lansung menu yang boleh.

Kenapa?

Untuk membolehkan satu-satu restoran tu sediakan makanan untuk “take away”, mereka wajib dapatkan lesen. Nak dapatkan lesen ni pun, bukan mudah dan murah. Banyak prosedur dan requirement perlu dipatuhi.

Sebab tu banyak restoren dekat Jepun ni tak tawarkan menu take away dan kalau ada pun, pilihan menu tu sangat terhad.

Ikutkan, renyah juga lah polisi macam ni tapi bagi saya ianya penting untuk jamin kebersihan dan keselamatan penjual dan pengguna, begitulah.

Berikut adalah beberapa foto makanan di Jepun yang dikongsi Zunita dalam perkongsian tersebut.

Sushi makanan mentah. Jadi sangat penting untuk ketatkan undang-undang pasal pembelian makanan macam ni.

Gambar: Zunita Ramli
Gambar: Zunita Ramli

Bento Jepun macam ni banyak jenis boleh take away.

Gambar: Zunita Ramli

Makanan jepun macam kari Jepun ni pun banyak boleh take away.

Gambar Shuttershock via Zunita Ramli

Biasa kalau kedai boleh take away memang dia akan letak sign kat pintu.

Gambar: Zunita Ramli

Ni contoh ada beberapa menu je dalam restoran yang boleh bungkus bawak balik.

Gambar: Zunita Ramli

Penghantaran makanan, Uber Eat (macam Food Panda kalau di Malaysia) pun ada selected food yang boleh dibuat penghantaran. Biasa kedai-kedai Jepun la yang strict macam ni. Hehe.

Gambar: Zunita Ramli

Sumber: Zunita Ramli

Faiz Mustafa