Siakap Keli
troli langgar pengunjung
Gambar via TikTok

Cemas, Troli Meluru Laju Dari ‘Travelator’ Pasar Raya, Rempuh Pengunjung Sampai Terlentang

Dalam kesesakan di pasar raya, terlanggar satu sama lain mungkin perkara biasa, tapi lain pula dengan pengunjung yang kena langgar dengan troli ini.

Kalau sebelum ini para pengunjung yang berlanggar sesama sendiri, pengunjung salah sebuah pasar raya di Singapura ini pula kena ‘langgar lari’ dengan troli.

Dua pengunjung ini terakam kamera litar tertutup (CCTV) dilanggar sebuah troli pengangkut barang ketika sedang turun ke tingkat bawah menggunakan travelator.

Menerusi rakaman CCTV bertarikh 25 Februari 2022 itu, dapat dilihat sebuah troli yang berisi kotak-kotak kosong bergolek dengan laju ke bawah travelator yang ketika itu sedang digunakan dua pengunjung.

Troli itu kemudiannya merempuh sekurang-kurangnya dua pengunjung pasar raya, di mana salah seorang daripada mereka terlentang di atas travelator setelah dilangar troli tersebut.

Salah seorang kakitangan wanita pasar raya berkenaan dilihat tergesa-gesa ‘mengejar’ troli berkenaan yang ketika itu sudah pun sampai ke tingkat bawah.

Sementara seorang lagi rakan sekerjanya cuba menghentikan travelator tersebut dengan menekan butang kecemasan pada sisi travelator.

Setakat ini, belum dapat dipastikan jumlah mereka yang menjadi ‘mangsa’ troli langgar pengunjung ini dan apa respon pihak pasar raya terhadap kejadian itu.

Dalam video sama, dapat dilihat pengunjung pertama yang menjadi mangsa dirempuh pada bahagian kanan badannya sebelum terlentang.

Pun begitu, pengunjung pertama yang dilanggar dilihat masih mampu bereaksi dan terpinga-pinga dengan kejadian itu.

@user8836264941608ali

♬ original sound – user8836264941608 – user8836264941608

Sumber: Mothership

Eyla Azri