Siakap Keli

Ibu Pendam Rasa Sedih, Anak Menderita ‘Psoriasis Pustular’, Kulit ‘Bersalin’ 25 Kali Sepanjang Usia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penyakit Psoriasis ini merupakan satu penyakit di mana keadaan kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih berkerak merah ditutupi dengan sisik yang berwarna keperakan yang disebut plak dan muncul di badan seseorang.

Memetik daripada laman Hellodoktor mengatakan bahawa Psoriasis adalah penyakit kulit autoimun yang dicirikan oleh munculnya gejala (suar) secara spontan. Ia menyebabkan kulit mengalami gatal-gatal atau menyakitkan, merah, dan menjadikan kulit bersisik.

Seperti Adik Izzat ini juga menderita dengan penyakit Psoriasis Pustular. Di usia yang masih muda dan tidak tahu apa-apa, adik Izzat hanya mampu menangis menahan ujian penyakit tersebut.

Kisah ini dikongsikan oleh Fatin Suhana yang merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut. Melihat sendiri anak diuji sebegini rupa, wanita ini memilih untuk tabah dan redha demi anak kecilnya itu.

Adik Izzat Rafael menderita penyakit ‘Psoriasis Pustular’ sejak usia 1 bulan

“Anak saya waktu usia sebulan, lepas pantang terus jadi macam ini. Masuk wad 12 hari on antibotik. Sekarang anak umur 2 tahun 5 bulan.”

“Penyakit ini akan datang sebulan sekali, selepas salin kulit akan elok sekejap dan naik balik semula,” ujar wanita ini.

Terjadi sudah 25 kali sepanjang usia 2 tahun 5 bulan

Menurut Fatin, ini merupakan kali ke 25 anaknya terpaksa menderita dengan penyakit ini sepanjang usianya. Keadaan kulit anaknya untuk kembali pulih hanya sekejap sahaja iaitu sebulan. Kadang-kadang tidak sampai sebulan, keadaan ini terjadi semula.

Ini adalah keadaan di mana kulitnya kelihatan sihat. Namun, ia tidak kekal lama, hanyalah sementara sahaja kerana kulitnya akan kembali teruk dan kering.

Menurut ibunya, tempoh masa untuk jadi kulit seperti ini agak lama iaitu hampir tiga minggu.

Paling memilukan apabila, keadaan kulit kering yang merekah ini membuatkan adik Izzat tidak boleh bangun ataupun berdiri. Setiap kali terkena penyakit ini, si kecil ini akan demam dan meradang.

Bayangkan, betapa besarnya ujian yang perlu adik Izzat Rafael ini lalui, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sebenar anak kecil ini.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di laman TikTok miliknya menunjukkan keadaan kulit anaknya yang merekah teruk dan membuatkan anak kecil ini tidak mampu bangun dan berjalan. Hanya mampu menangis menahan kesakitan yang dihadapinya.

@sueeanna96

Budak tuah mama 💕💕💕 sihat cpt nk kutip duit raya 2 tahun dh adik xboleh raya 😭 #fyp

♬ Laper Laper Ha – Faiha

Namun, ibu ini telah redha dengan apa yang terjadi dan mengharapkan kesembuhan milik anak kesayangannya suatu hari nanti. Semoga Allah angkat segala penyakit daripada adik Izzat Rafeal ini, aamin.

@sueeanna96

Gambar dari umr sebulan smpai sekrg mmg naik sebulan sekali sakit ni bygkn dlm pntg dia mngis sebulan xtau punca knp dia ngs mcm swan tangis tpi xdk ap Allah uji #anaksyurgaku😢 #fyp

♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesihatan pada anak ini dan memberi kata semangat kepada si ibu bagi menghadapi ujian ini. Tak kurang juga ada yang menceritakan pengalaman sendiri yang menghidap penyakit ini.

Sumber: Fatin Suhana

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang