Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Dah Banyak Kali Datang Malaysia Tapi Kali Ni Mat Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’
Malaysia sememangnya tidak asing sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Ada yang datang untuk belajar, ada yang bekerja, dan tidak kurang juga yang sekadar mahu bercuti seketika, lari daripada kesibukan hidup.
Namun, apa yang sering berlaku, ramai pelancong akhirnya meninggalkan Malaysia dengan kenangan manis yang sukar dilupakan. Makanan, budaya, alam semula jadi dan keramahan penduduk tempatan menjadikan Malaysia seolah-olah rumah kedua buat mereka.
Itulah juga yang dirasai oleh seorang pelancong Mat Saleh yang baru-baru ini tular selepas berkongsi keterujaannya ketika berada di Pulau Pinang.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, lelaki tersebut meluahkan rasa ‘kecewa’, tapi bukan kerana pengalaman buruk di Malaysia.
Katanya, dia tidak percaya sudah berkali-kali datang ke negara kita, namun baru kali ini mengetahui tentang lokasi indah yang langsung tidak dipenuhi pelancong.
“Malaysia, anda memang buat saya terkesima sekali lagi. Saya tak tahu nak jelaskan betapa kecewanya perasaan ini. Tak sangka selepas berkali-kali datang ke negara ini, tak pernah ada sesiapa pun beritahu saya tentang tempat seindah ini.
“Sekarang saya berada di Pulau Pinang, berbasikal menyusuri sawah padi yang luas terbentang. Tempat ini sepatutnya jadi destinasi seterusnya untuk semua orang.

“Sejujurnya, saya langsung tak faham kenapa tak ada pelancong di sini. Saya satu-satunya orang yang berbasikal,” katanya.
Ketika itu, lelaki berkenaan sedang berada di Pulau Pinang, berbasikal menyusuri kawasan sawah padi dan ladang di bahagian barat pulau tersebut.
Pemandangan hijau yang terbentang luas, pohon palma yang tersusun cantik, serta suasana kampung yang tenang benar-benar membuatkannya terpaku.
Dengan nada berseloroh, dia mempersoalkan ke mana perginya pelancong lain.
“Korang tak nak tengok ke semua keindahan ini? Atau lebih selesa makan dalam bangunan dan lepak di restoran saja?
“Kalau tanya saya, saya pilih yang ini. Tapi mana semua pelancong? Tak ada siapa pun di sini. Selain saya. Sama ada saya ini terlalu bijak, atau sebenarnya sangat bodoh?
“Hakikatnya, tempat ini memang luar biasa indah dan menakjubkan,” tambahnya.
Ini sebenarnya memaparkan keindahan Malaysia yang bukan sekadar di bandar atau tempat tumpuan pelancong. Tetapi, juga tersembunyi di kawasan kampung, sawah padi dan alam semula jadi yang masih terpelihara.
Kadangkala, apa yang kita anggap biasa, rupa-rupanya sangat luar biasa di mata orang luar. Mungkin selepas ini, sebelum mencari destinasi jauh, kita boleh cuba melihat semula keindahan yang ada di halaman sendiri.
BACA: Mat Saleh Bongkar Isi Beg Penuh “Goodies” Dari Malaysia
Sumber: TikTok @hussmeisterau