Siakap Keli
kereta mewah

“Mula-mula Memang Tak Percaya,” Tak Sangka Bos Hadiahkan Mustang & Mercedes Benz A250 AMG Line

Siapa sahaja yang tidak mempunyai impian mahu pun cita-cita untuk memiliki sebuah kereta mewah. Namun begitu, ramai yang terpaksa melupakan impian itu kerana harganya terlalu mahal.

Jika nak mengharapkan gaji bulanan sebagai pekerja biasa, impian untuk memiliki kereta mewah itu pastinya jauh sekali di fikiran.

Pun begitu, impian tersebut boleh menjadi kenyataan bagi ejen jualan syarikat pengeluar produk minuman kesihatan Harqis Empire Sdn Bhd yang telah mencapai sasaran yang ditetapkan.

Syarikat Harqis Empire pada baru-baru ini telah menawarkan hadiah yang berupa dua buah kereta mewah jenis Mustang dan tiga Mercedes Benz A250 AMG Line kepada master leader dan executive partner mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Harqis Empire, Nur Saidatul Akma Jamaruddin berkata, hadiah itu diberikan berdasarkan prestasi jualan produk selama tiga bulan berturut-turut yang telah dicapai dengan minimum RM200,000 sebulan.

“Mereka perlu mempunyai ciri-ciri yang boleh melahirkan leader baru. Dari situ juga prestasi mereka dilihat seterusnya akan dilantik sebagai ‘executive partner’ atau ‘master leader’,” katanya.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada Sinar Harian ketika ditemui dalam Majlis Iftar dan Pelancaran Rasmi XS Appetite Series 2022 yang berperisa coklat, caramel latte dan white coffe di ibu negara pada Sabtu.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Ketua Pegawai Operasi Harqis Empire iaitu Muhammad Aswadi Abdul Wahap.

Dalam majlis yang sama, seorang ‘executive partner’ dan ‘master leader’ telah dihadiahkan dengan kereta mewah Mustang manakala tiga yang lain mendapat Mercedes Benz A250 AMG Line.

Tambah Nur Saidatul Akma lagi, pihaknya amat berbangga dengan pencapaian pemenang dan tidak pernah menyangka dirinya mampu untuk melahirkan usahawan yang berjaya.

“Saya mulakan Harqis Empire dengan produk XS Perfect dari bawah. Saya tidak pernah sangka boleh lahirkan usahawan yang berjaya hingga dapat membuat jualan sehingga jutaan ringgit bersama-sama mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga turut mendedahkan bahawa kejayaan tersebut tak hanya datang daripada dirinya sahaja. Ini kerana terdapat kira-kira 500 ejen stokis yang memberikan komitmen dalam penjualan produk Harqis Empire hingga berjaya melahirkan 52 orang ‘leader’ dan lima orang ‘elit circle’.

“‘Elit circle’ mendapat bimbingan secara terus daripada terus daripada saya untuk bantu mereka berkembang. Bermula dengan jualan RM14,000, mereka berkembang kepada RM20,000 sebulan sehinggalah ratusan ribu,” ujarnya.

Nur Saidatul Akma juga turut berharap agar lebih ramai usahawan dapat dilahirkan dan lebih ramai lagi yang dapat membina kerjaya yang luar biasa bersama Harqis Empire.

Beliau juga optimis ‘leader’ yang sedia ada dapat membantunya untuk membawa misi dan visi dalam membantu orang lain mengubah nasib melalui perniagaan dalam talian.

Pada kumpulan atau ejen yang belum mencapai sasaran jualan yang dimahukan, pihaknya sempat menasihatkan agar mereka percaya kepada proses kerana semua pihak akan melalui perkara yang sama.

“Saya sebagai pengasas dan ‘leader-leader’ yang hebat di dalam Harqis Empire semuanya bermula daripada satu atau dua ‘parcel’.

“Bagi yang baru menyertai dan hanya membuat satu atau dua ‘parcel’ tetapi melihat kami yang menguruskan beratus-ratus atau beribu-ribu ‘parcel’ sehari mungkin merasa tidak layak.

“Jangan bimbang kerana kami juga bermula daripada jumlah kecil. Percaya pada diri sendiri untuk naik satu persatu tangga kejayaan, insya-ALLAH yang lain juga akan mencapai kejayaan yang sama. Jika tidak sekarang, tiga ke empat tahun akan datang,” jelasnya.

Nur Saidatul Akma juga turut tidak melepaskan peluang dan teruja bercerita berkenaan produknya yang diibaratkan sebagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

Menurutnya, XS Perfect ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun ada yang mencuba produk lain di pasaran, namun mereka akhirnya pasti akan kembali kepada produk keluarannya.

Oleh yang demikian, beliau yakin bahawa produk yang dihasilkan ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

“Bagi produk ini, saya gabungkan kopi dan coklat untuk diformulakan dengan bahan lain. Kedua-duanya boleh diminum walaupun kita sedang menurunkan berat badan,” katanya.

Beliau juga akan memfokuskan 100 peratus kepada produk minuman kesihatan dan penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa.

Rata-rata pemenang kereta mewah itu sangat teruja dan terkejut kerana dapat memiliki kereta mewah.

“Saya tak pernah termimpi nak pakai kereta mewah. Selain gembira, saya rasa sangat dihargai. Saya sudah lama bersama Nur Saidatul Akma dan ini adalah penghargaan yang paling besar. Saya mahu beri inspirasi kepada orang lain.” – Executive Partner, Wan Rahilah Wan Abdullah, 37

“Mula-mula memang tidak percaya. Saya tidak menyangka pengasas (Nur Saidatul Akma) nak beri kereta mewah. Saya amat bersyukur dengan pemberian ini.” – Master Leader, Nik Syazasafiza Nik Mansor, 32

“Sangat terkejut kerana tidak pernah diberitahu akan dapat kereta mewah. Kami cuma tahu akan ada ganjaran tahunan, tak sangka pula akan dapat ganjaran sebesar ini.” – Master Leader, Nur Deanna Amira Jamaruddin, 29

“Saya tak sangka beliau akan hadiahkan kereta mewah. Saya berniaga bukan semata-mata untuk dapat ganjaran tetapi mahu mencari pendapatan dan mengubah hidup serta mahu membahagiakan mak ayah saya.” – Master Leader, Nur Aiman Mat Ali, 26

“Saya sangat gembira dan seperti bermimpi. Biasanya orang yang memakai kereta Mustang ini adalah golongan seperti pengasas syarikat dan mempunyai produk sendiri.” – Master Leader, Nur Hidayatul Afiqah Muassyis, 29

https://www.facebook.com/100000574372984/posts/5658078294221260/?d=n

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.