Siakap Keli
saintis beri amaran
Gambar Via Daily Express

Saintis Beri Amaran, Dunia Diramal Kehabisan Makanan Menjelang 2050

Masa semakin suntuk, saintis beri amaran bahawa dunia diramal akan kehabisan makanan sepenuhnya menjelang tahun 2050.

Memetik laporan India Times, amaran itu menandakan bahawa dunia sedang menuju ke arah krisis makanan global besar-besaran.

‘Kiraan detik kiamat’ dilancarkan

Mereka telah melancarkan ‘kiraan detik kiamat’ bermula pada Ahad lalu dan mengatakan bahawa dunia mempunyai masa selama 27 tahun dan 251 hari lagi sebelum kehabisan makanan.

Ahli Sosiobiologi, Edward Wilson berkata kita memerlukan dua planet bumi untuk memenuhi keperluan manusia semasa.

“Terdapat had bagi kapasiti bumi untuk memberi makan kepada manusia. Walaupun semua orang di planet ini menukar diet menjadi vegetarian, tanah-tanah ladang di bumi masih tidak dapat menampung keperluan itu.

“Populasi dunia akan menjadi terlalu besar untuk mencari makanan yang semakin sedikit,” katanya.

Menurutnya, pada masa itu bumi akan dihuni oleh hampir 10 bilion orang dan permintaan makanan akan meningkat sebanyak 70% berbanding pada tahun 2017 yang lalu.

“Had kepada bilangan orang yang boleh mencari makan di bumi ditetapkan pada 10 bilion sahaja. Itu angka maksimum,” ujarnya lagi.

Sementara itu, para saintis juga meluahkan kebimbangan mengenai jumlah makanan berlebihan yang dimakan dan dibazirkan setiap hari.

Seiring dengan itu, populasi dunia juga meningkat lebih banyak daripada makanan yang dihasilkan setiap hari untuk semua orang.

Krisis makanan global

Profesor Julian Cribb, yang telah menulis buku mengenai ramalan bencana itu berkata ini adalah krisis makanan global.

“Saya tidak fikir ia ada jalan keluar, ia juga berlaku lebih cepat berbanding perubahan iklim.

“Kekurangan air, tanah dan tenaga yang digabungkan dengan peningkatan permintaan daripada populasi dan pertumbuhan ekonomi akan mewujudkan kekurangan makanan global menjelang tahun 2050.

“Jika perang dunia berlaku di masa akan datang, ia mungkin akan berpunca disebabkan oleh makanan dan sumber air,” katanya.

Di samping itu, para saintis juga menyebut bahawa pengeluaran makanan perlu berganda agar manusia boleh memakannya.

Malah, kenaikan harga makanan mungkin akan meningkat dengan cepat.

BACA JUGA: Saintis Beri Amaran Berlaku Peningkatan Suhu Global Dalam Tempoh Lima Tahun, Akan Beri Kesan Besar Pada Dunia

Sumber: India Times

Sofea

There's always another side to every story