Siakap Keli
lebuh raya arah utara sesak
Gambar: video tular via Kosmo!

Lebuh Raya Arah Utara Sesak, “Hari Ni Baru Khamis…”

Lebuh raya arah utara sesak, demikanlah suasana paling ‘normal’ yang kita akan hadapi ketika hari-hari terakhir sebelum Syawal menjelma.

Beberapa hari lagi Syawal bakal menjelang dan semua Muslim akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mereka yang tinggal di perantauan jauh dari keluarga pasti akan pulang untuk menyambut hari raya di kampung masing-masing.

Secara umumnya, menjelang hari perayaan, suasana yang kerap berlaku adalah trafik sesak di lebuh raya hingga ada yang ‘tersangkut’ berjam-jam lamanya. Apa tidaknya, semua anak rantau di kota mahu pulang ke kampung untuk beraya.

Bukan sahaja sesak di jalan raya atau lebuh raya, malah di stesen-stesen bas juga pastinya sesak hingga semua tiket untuk pulang ke kampung habis lebih awal bak ‘pisang goreng panas’.

Tambahan pula, sebelum ini kita berada dalam fasa pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  kerajaan tidak membenarkan pulang beraya dua tahun berturut-turut demi keselamatan sejagat.

BACA JUGA: PLUS Senarai Waktu Cadangan Masuk Lebuh Raya, Elak Lepas 10 Pagi

Lebuh raya arah utara sesak, “Hari ini baru Khamis..”

Hari ini pula, tular satu video di media sosial memaparkan keadaan trafik sesak luar biasa di sebuah lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia. Jelas kelihatan deretan kenderaan ‘beratur’ penuh sabar di laluan tersebut.

Difahamkan, video yang dikongsikan di laman Facebook Kosmo! tersebut dipercayai dirakam di satu lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke arah utara. Jelas kelihatan deretan kenderaan di atas jalan yang begitu banyak.

“Hari ini baru Khamis..Sabtu dan Ahad ini tidak tahulah macam mana kan. Ini barulah raya kan..” memetik kapsyen pada video yang dimuat naik tersebut.

Sementara itu, individu yang merakam video ini juga turut sama ‘berceloteh’ dan mengulas tentang keadaan trafik yang sesak tersebut. Katanya, ini baru fasa rehearsal (percubaan).

“Rehearsal untuk balik beraya. Menghala ke utara. Hmm padu. Ini baru betul-betul padu. Ini baru rehearsal macam ni.

“Kalau betul punya, ah..boleh berhenti makan tepi jalan, main badminton, mandi pun sempat.

“Dia punya rehearsal hah, rasanya jem ni lebih 5 kilometer dari susur Taiping tadi. Ni sekarang kat Bukit Gantang. Ya..” katanya dalam nada berseloroh.

Video tular yang dimuat naik di laman Facebook Kosmo! tersebut boleh ditonton di bawah.

 

Sumber: Kosmo!

 

Faiz Mustafa